Page 73 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 73

4.4 RISIKO PENGUKURAN, ANALISA DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN
               Pengukuran,  analisa  dan  pengurusan  pengetahuan  boleh  terjejas  dengan  terdapatnya  risiko.
               Kegagalan untuk menangani risiko akan menjejaskan fokus terhadap pencapaian KPI UiTM dan
               KPI Fakulti. Ini bermakna pembangunan intelektual, kepimpinan, rohani dan kebajikan pelajar
               serta kepuasan hati pelanggan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Jadual 4.2 melaporkan
               jenis-jenis risiko dan perancangan yang digunapakai untuk mengatasi risiko tersebut.

                         Jadual 4.2: Jenis Risiko dan Pelan Tindakan bagi Pengukuran dan Analisa Data
                     RISIKO                               PELAN TINDAKAN

               1     Data  pelajar  tidak  dapat  dikumpul  Cadangan  untuk  mewujudkan  pengkalan  data  yang
                     deng . an baik.                      holistik yang boleh digunapakai oleh pihak fakulti dan
                                                          juga pihak luar.
               2     Gagal  untul  mencapai  KPI  yang  Menjalankan  pemantauan  yang  lebih  kerap  oleh
                     ditetapkan.                          pegawai yang bertanggungjawab.
                        .

               3     Pegawai   bertanggungjawab    gagal  Pemantauan  yang  lebih  jitu  melalui  pembentangan
                        .
                     untuk menyediakan laporan            pencapaian di mesyuarat JAF, MKSP dan MPE.


               4.5  PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
               Di zaman kepesatan era teknologi digital, FPN turut tidak ketinggalan untuk memantapkan lagi
               aspek  pengurusan  data  dan  maklumat  dengan  penggunaan  teknologi  digital.  Projek  rintis
               dimulakan oleh Bahagian RICAEN dengan penghasilan pelaporan pencapaian secara e-buletin,
               seterusnya dikembangkan ke bahagian lain seperti penggunaan QR-Code untuk perkongsian
               bahan rujukan program dan merekod kehadiran pelajar.

               4.6  INOVASI PENGUKURAN, ANALISA DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN

               Inovasi 1: Students’ Softskills Attainment Framework
               Students’  Softskills  Attainment  Framework  merupakan  satu  inisiatif  yang  dicipta  bagi  tujuan
               penambahbaikan  dalam  proses  pengurusan  dan  pembangunan  pelajar.    Kerangka  ini
               meletakkan kualiti dan hasil yang perlu dicapai oleh pelajar setelah menghadiri program yang
               dianjurkan  fakulti  seperti  contoh  kemahiran  berkomunikasi  bahasa  inggeris  secara  berkesan,
               berfikiran kritis kreatif, cakna diri, kepimpinan dan literasi teknologi terkini.  Pemakaian kerangka
               ini  membantu  proses  pengurusan  data  dan  maklumat  pencapaian  kualiti  softskill  pelajar
               sebagaimana yang diperlukan oleh objektif strategik OS5 dan iCGPA.

               Inovasi 2: Report Database
               Segala aktiviti yang dilakukan, laporan penuh hendaklah dihantar kepada pihak Bahagian Hal
               Ehwal Pelajar. Walaubagaimanapun, laporan secara fizikal telah menggunakan banyak ruang
               BHEP dan agar sukar untuk didapatkan semula tanpa perlu menyemak dan mengalih laporan-
               laporan  berikut  satu  persatu.  Atas  kelemahan  ini,  BHEP  telah  mewujudkan  satu  Report
               Database  bagi  mengatasi  kesukaran  laporan  secara  fizikal  terutamanya  bagi  pihak-pihak
               tertentu  yang  ingin  mendapat  sebarang  maklumat  mengenai  aktiviti  dan  inisiatif  pelajar  yang
               dijalankan  tanpa  perlu  mendapatkan  kesemua  laporan  secara  fizikal.  Laporan  fizikal  hanya
               dikeluarkan  sekiranya  memerlukan  maklumat  lanjut  dan  ini  memudahkan  penyimpanan  dan
               penyusunan laporan berikut (Rujuk Gambarajah 4.2).




                                                             30
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78