Page 76 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 76
TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA
5.1 PENGENALAN
Di setiap organisasi sumber manusia merupakan elemen utama yang menjadi tunggak kepada
kejayaan sesuatu inisiatif strategik yang dirancang. FPN, contohnya sentiasa menggalakkan
warga akademik dan bukan akademik melibatkan diri secara menyeluruh dalam memastikan
inisiatif strategik tercapai setiap tahun mengikut KPI yang ditetapkan. Dalam memastikan
kepakaran dan pengalaman staf digunakan secara optimum, FPN memastikan wujudnya
persekitaran dan sistem kerja yang kondusif. Di samping itu, tahap kepuasan dan maklumbalas
warga fakulti sentiasa dianalisa agar penambahbaikan terhadap perkhidmatan kepada warga
FPN dapat dilaksanakan secara berterusan. Penghargaan dan pengiktirafan turut diberikan
kepada warga FPN yang telah memberikan sumbangan terhadap kejayaan FPN setiap tahun.
5.2 PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN KEPAKARAN
Bagi menjayakan aktiviti pembangunan pelajar, pihak pengurusan telah melibatkan sumber
manusia dengan menyusun struktur pengurusan Hal Ehwal Pelajar sesuai dengan tugas dan
tanggungjawab yang dikhususkan yang terdiri daripada TD (HEP), Koordinator HEP dan
Penyelaras. Di samping itu, warga FPN turut dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa yang
diwujudkan untuk menggerakkan inisiatif strategik. Kepakaran mereka sebagai penasihat
program, penasihat pelajar dan pensyarah pengiring juga dioptimakan untuk menjayakan
program yang dirancang. Jadual 5.1 menunjukkan penglibatan dan pengoptimaan kepakaran
sumber manusia dalam pelbagai inisiatif yang dirancang.
Jadual 5.1: Penglibatan Sumber Manusia dan Pengoptimaan Kepakaran
BIL PROJEK INISIATIF PENGLIBATAN SUMBER MANUSIA DAN PENGOPTIMAAN
UTAMA STRATEGIK KEPAKARAN
• Pensyarah berpengalaman mengendalikan sesi IRC bagi
kursus kritikal.
IRC
GOT-Q • Sumber manusia terlibat adalah pensyarah mengajar,
penasihat akademik dan AJK GOT-Q
• Kombinasi kepakaran dan pengalaman AJK lama dan baru
dalam mengendalikan program ini mampu dikekalkan untuk
1. • kesinambungan pengendalian yang cekap.
PA dan pensyarah mengajar adalah akademia yang
akademik, daya intelektual yang tinggi, sahsiah/akhlak baik
yang berupaya mempengaruhi minda pelajar melalui nasihat,
From Zero to Hero dianggap sebagai “role model” yang mempunyai kelayakan
motivasi, teguran dan pantauan.
Syarahan
Pengamal
bidang tumpuan dengan melantik pelajar sebagai AJK dan
Industri & Badan • Pengurusan melibatkan sumber manusia untuk menjayakan
dipantau oleh RP dan pihak HEP FPN.
Profesional
• Pengurusan mengoptimakan kepakaran dan pengalaman
sumber manusia bagi menjayakan bidang tumpuan dengan
mengikut bidang kepakaran penceramah luar yang dilantik.
Mentor Mentee • Penglibatan pelajar cemerlang sebagai mentor dan pelajar
yang memerlukan bimbingan mendaftar sebagai mentee.
Pensyarah sebagai penasihat persatuan pelajar akan
bertindak sebagai pemantau bagi program tersebut.
32

