Page 9 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 9
Keretapi Industri
Terdapat beberapa landasan kereta api industri,
semua dimiliki oleh pihak swasta dengan berbagai-bagai
kepanjangan. Kebanyakan landasan kereta api industri
terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan tidak
disambungkan dengan Malayan Railway (kini Keretapi
Tanah Melayu).
Antara laluan tersebut adalah Keretapi Rompin yang
dibina oleh syarikat perlombongan untuk membawa bijih
besi dari Bukit Ibam ke Kuala Rompin di Pahang.
Panjang landasan ini adalah 60 batu (97 km), bertolok
meter dan menggunkan isyarat elektrik. Landasan ini
ditutup sepenuhnya pada tahun 1971.
Selain itu terdapat landasan kereta api industri
antara Bukit Besi dan Dungun di Terengganu yang
dibina pada tahun 1929. Panjang landasan ini adalah
sekitar 20 batu (32 km) bertolok 2 kaki 6 inci (76 cm) dan
landasan ini dimiliki sepenuhnya oleh Eastern Mining and
Metals Company (EMMCo). Landasan ini ditutup pada
tahun 1970 selepas pengurangan pengeluaran hasil
lombong.
Keretapi Negeri Sabah
Keretapi Negeri Sabah adalah sebuah sistem
kereta api dari Tanjung Aru sehingga Melalap. Sistem ini
dibuka pada tahun 1902 dan dimiliki sepenuhnya
oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Dahulu, terdapat
banyak cawangan dalam sistem ini namun
kebanyakannya telah ditutup. Walaupun proses
pemodenan telah dijalankan beberapa kali, perkhidmatan
kereta api di Sabah masih dalam keadaan daif pada
9

