Page 112 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 112

Kapasiti Aerobik


                 apasiti aerobik merupakan keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang
                 dipam oleh jantung ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan ketika
          Kmelakukan aktiviti fizikal (Pescatello, Arena, Riebe, & Thompson, 2014). Aplikasi prinsip
           FITT dalam latihan aerobik ini akan meningkatkan daya tahan otot melalui peredaran oksigen
           serta tenaga yang lebih efisien. Latihan ini juga akan meningkatkan kadar metabolisme dan
           membantu menurunkan berat badan. Latihan aerobik melibatkan aktiviti fizikal daripada
           intensiti rendah hingga tinggi. Latihan yang dilakukan sangat bergantung kepada proses
           penghasilan tenaga aerobik, iaitu kehadiran oksigen yang mencukupi ketika latihan dilakukan.
           Keadaan ini menjadikan seseorang itu mempunyai kapasiti aerobik yang baik, dapat
           melambatkan rasa letih dan lesu semasa menjalankan aktiviti fizikal secara berterusan serta
           tahap kesihatan juga dapat ditingkatkan.

           Latihan Jeda Berintensiti Sederhana Tinggi


           Latihan jeda (interval training) merupakan sejenis latihan yang melibatkan siri-siri latihan berintensiti
           rendah hingga tinggi diselangi dengan jangka masa pemulihan (rehat aktif).
               Latihan intensif sederhana tinggi ini melibatkan kedua-dua Sistem Tenaga Aerobik dan Anaerobik
           kerana melibatkan larian perlahan dan striding (rujuk Jadual 1).
               Apabila melakukan latihan berintensiti sederhana tinggi, sistem metabolisme anaerobik
           menghasilkan tenaga dari glikogen (tenaga simpanan dalam otot) tanpa kehadiran oksigen dengan
           kehadiran asid laktik sebagai hasil sampingan. Proses ini akan meningkatkan kecekapan fungsi sistem
           kardiovaskular dengan kardiak out-put yang optimal untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan
           mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti masalah jantung, hipertensi dan strok. Latihan
           ini membantu dalam penurunan dan kawalan berat badan. Latihan jeda berintensiti sederhana tinggi ini
           juga akan meningkatkan adaptasi sistem tubuh untuk mencerna asid laktik yang dihasilkan dengan lebih
           baik dan sekaligus meningkatkan keupayaan murid untuk berlatih dalam jangka masa lebih panjang
           (Corbin & Welk, 2011).


             Kadar Nadi                                    Jangka      Frekuensi     Ulangan
               Latihan           Tempat Latihan             Masa        Latihan      Latihan
                (KNL)                                      Latihan
                          Trek 400m, padang bola sepak,
                                                                        3 – 5 set
                                                                                     3 – 4 kali
             70% – 80%    gelanggang permainan atau      25 – 35 minit  setiap sesi  seminggu
                          taman rekreasi.
                                   Jadual 1: Latihan Jeda Berintensiti Sederhana Tinggi




                  GLOSARI

            Intensiti –  Kualiti beban kerja yang dikenakan  dalam satu latihan (Sumber: Bompa & Buzzicgelli, 2019).
            Striding  –  Berlari dengan langkah besar dan lebih laju dari berlari anak.

       104     SP    3.1.1, 4.1.1, 4.1.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.3
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117