Page 120 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 120
Lilitan Pinggul dan Pinggang
engukur lilitan pinggul dan pinggang ialah satu kaedah bagi mengetahui komposisi
badan seseorang. Selain daripada berat badan, nisbah ukuran lilitan pinggang dan
Mpinggul boleh menentukan tahap kesihatan individu kerana kaedah ini adalah paling
mudah untuk mengetahui taburan lemak pada bahagian abdomen, pinggang dan pinggul.
Peningkatan ukuran pinggang dan pinggul merupakan indikator peningkatan kandungan
lemak dalam badan yang boleh meningkatkan risiko penyakit berkaitan kardio seperti sakit
jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan lain-lain.
Waist to Hip Ratio (WHR) merupakan kaedah pengiraan menentukan nisbah ukuran
pinggang dan pinggul individu. Kiraannya adalah seperti di bawah.
Ukuran pinggang (cm)
Waist to Hip Ratio (WHR) =
Ukuran pinggul (cm)
Cara Mengukur Lilitan Pinggang
1 Ukuran dilakukan pada bahagian pusat (navel)
dengan melilit pita pengukur mengelilingi badan
hingga bertemu ke titik kosong bacaan pita
pengukur.
2 Bacaan terbaik adalah dengan mengangkat pakaian
semasa mengukur.
3 Pastikan murid bernafas secara normal dan keadaan
pita pengukur adalah lurus mendatar serta diregang
secara sederhana mengelilingi pinggang murid.
4 Ambil bacaan pinggang.
Cara Mengukur Lilitan Pinggul
1 Ukuran dilakukan pada bahagian punggung yang
paling menonjol (greatest protrusion). Pita pengukur
diletakkan mengelilingi bahagian pinggul hingga
bertemu titik kosong bacaan pita pengukur.
2 Pastikan kedudukan pita pengukur adalah
lurus mendatar dan diregang secara sederhana
mengelilingi pinggul.
3 Ambil bacaan pinggul dan kira nisbah WHR.
Jantina Cemerlang Baik Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
Lelaki <0.85 0.86-0.90 0.91-0.95 0.96-1.00 >1.00
Perempuan <0.75 0.76-0.80 0.81-0.85 0.86-090 >.90
Norma Nisbah Ukur Lilitan Pinggang dan Pinggul (WHR) - (Sumber: Pescatello, Arena, Riebe & Thompson, 2014).
112
SP 3.1.5, 3.1.6, 3.2.1, 4.1.3, 5.1.3, 5.4.1

