Page 116 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 116

Daya Tahan dan Kekuatan Otot


                 eupayaan daya tahan otot seseorang penting bagi menjalankan aktiviti harian dengan
                 efisien. Hal ini demikian kerana keupayaan otot dapat mengurangkan atau mengelakkan
           Krisiko kecederaan daripada berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dalam satu jangka
           masa yang lama dan berterusan. Pada masa yang sama dapat meningkatkan keupayaan sistem
           kardiovaskular.
               Kekuatan otot pula penting untuk membentuk postur tubuh yang baik serta meningkatkan
           lean muscles. Selain itu, kekuatan otot juga dapat mengurangkan lemak dan boleh membantu
           masa reaksi dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan kecergasan fizikal serta kesihatan
           seseorang.


           Latihan Daya Tahan dan Kekuatan Otot

           Daya tahan otot ialah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti (kerja) secara berulang
           kali dalam satu jangka masa yang lama dengan penghasilan hasil kerja yang baik (Bompa
           & Buzzichelli, 2019). Contohnya, seseorang murid mampu melakukan senaman tekan
           tubi  dalam  masa  satu  minit  secara berterusan  dengan  pergerakan  yang  konsisten  dan
           sempurna. Manakala kekuatan otot merupakan kemampuan otot melakukan aktiviti (kerja)
           untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya maksimum (Bompa &
           Buzzichelli, 2019). Contohnya, seorang murid boleh melakukan senaman mendagu (chinning)
           sebanyak 15 kali dalam masa 20 saat. Berbanding dengan daya tahan otot, aktiviti yang
           disempurnakan untuk kekuatan otot melibatkan jangka masa yang lebih pendek dengan
           rintangan bebanan yang lebih tinggi (50-70% dari 1RM).
               Semasa melakukan latihan, murid perlu bernafas dengan normal dan mengikut rentak
           lakuan aktiviti, seperti menarik nafas semasa fasa lakuan dan menghembus nafas semasa
           fasa rehat dalam setiap jenis aktiviti latihan tersebut (Summit Medical Management, 2019).
           Ini membantu jantung bekerja dengan efisien dan memberikan kesan baik dalam
           meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan murid yang berusaha untuk mengawal berat
           badan mereka serta memperbaiki penampilan.


               Cara Pelaksanaan
                                                                          GLOSARI
           1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.               Postur      –  Posisi atau sikap
           2  Setiap  murid akan mengambil  tugasan  latihan                     tubuh seseorang.
               kecergasan di dalam kotak yang disediakan.          Lean muscle −  Jisim berat sebenar
           3  Setiap murid akan melakukan latihan kecergasan                     otot tanpa lemak.
               berdasarkan  latihan  yang  ditulis  pada  kertas  yang           Melalui latihan,
               telah dipilih.                                                    otot lean akan
           4  Guru akan memastikan murid melakukan aktiviti                      meningkatkan
               latihan kecergasan dengan betul.                                  saiz dipanggil
                                                                                 hypertrophy.
                                                                   (Sumber: Barton & Winegar, 2019).

       108
                SP     3.1.3, 3.1.4, 3.2.2, 4.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.3
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121