Page 66 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 66

Strategi Bertahan Beregu


                 trategi bertahan beregu memerlukan pemain melakukan pergerakan yang kemas untuk
                 memastikan bulu tangkis mudah dikembalikan ke gelanggang lawan. Pemain perlu
           Sbergerak dan segera kembali ke tengah gelanggang untuk bersedia bertahan. Semasa
           bertahan, pasangan beregu harus berada di posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang
           lagi di kanan gelanggang atau dipanggil formasi pertahanan bersebelahan (side by side). Sistem
           ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua-dua pemain perlu bertanggungjawab
           untuk menjaga bahagian setengah gelanggangnya. Apabila pasangan bertukar posisi daripada
           bertahan ke serangan, mereka boleh menukar daripada sistem bersebelahan ke sistem depan-
           belakang dan begitu juga sebaliknya.


                Cara Bermain
                                                                                 Perhatikan arah
           1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Murid satu                  pergerakan bulu
               (M1), murid dua (M2) dan murid tiga (M3) bertindak                   tangkis.
               sebagai pemain penyerang manakala murid empat (M4)
               dan murid lima (M5) bertindak sebagai pemain bertahan.
           2  M4 akan membuat servis. Selepas melakukan servis, M4
               akan bergerak ke kiri gelanggang.
           3  M1 akan membuat lob tinggi untuk mengembalikan bulu
               tangkis ke arah pemain M5 yang akan membuat lob ke M2.                            M2
               Selepas itu, pemain M5 akan bergerak ke kanan gelanggang
               dan bersedia menerima pukulan kumpulan lawan.
           4  M4 dan M5 akan bergerak menggunakan strategi side by
               side untuk bertahan.
           5  M2 akan membuat smesy ke gelanggang lawan. M5 yang
               telah bersedia akan membuat lifting ke kanan bahagian
               hadapan  gelanggang  pasukan lawan berhampiran           M1
               jaring.
           6  M3 bersedia membalas pukulan tersebut.
           7  Permainan dilakukan mengikut Undang-undang
               Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).



                                                                                          M3
          Kekuatan dan Kelemahan
           Kekuatan
           •  Pemain pasukan bertahan dapat memukul atau menolak bulu
              tangkis ke hadapan.
           Kelemahan
           •  Apabila bulu tangkis dihantar ke kawasan hadapan tengah atau
              belakang  tengah  gelanggang  akan  berlaku kekeliruan  antara
              pemain untuk mengembalikan bulu tangkis tersebut.
                                                                       Strategi Menyerang Depan-Belakang
        58      SP     1.5.1, 1.5.2, 1.5.3, 1.5.5, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.2
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71