Page 68 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 68

AKTIVITI     PAK 21

           Tajuk: Strategi Pantas Berfikir
           Alatan: Bulu tangkis, raket badminton, jaring badminton, jam randik dan Borang Pentaksiran Bilik
                   Darjah (PBD).
           Masa: Pdp PJPK (11 minit waktu pelaksanaan permainan).
           Kemahiran: Servis, pukulan lob, lifting dan smesy.
           Arahan:
           1  Murid dibahagikan kepada empat kumpulan secara berpasangan.
           2  Jaring dipasang di tengah gelanggang.
           3  Secara bergilir, pasangan beregu akan masuk ke dalam gelanggang.
           4  Guru akan berada di gelanggang dan dengan menggunakan raket, guru akan menghantar
               bulu tangkis kepada beregu yang bersedia dengan formasi bertahan atau menyerang.
               Beregu perlu peka dalam memilih strategi yang sesuai digunakan mengikut situasi bulu
               tangkis yang dihantar oleh guru mereka.
           5  Formasi yang sesuai digunakan dengan betul mengikut keadaan bulu tangkis yang dihantar
               akan ditandakan (✔) dalam borang.
           6  Sebelum membuat pukulan, guru akan memberitahu arah dan bentuk hantaran sama
               ada smesy, lob dan sebagainya. Ahli pasukan dibenarkan membuat perbincangan ringkas
               mengenai strategi yang sesuai digunakan bersama-sama rakan.

            Aktiviti                                                      Strategi Pantas Berfikir
            Masa                                                                 11 minit
            Tarikh
            Kumpulan

            Tandakan (✔) pada pencapaian yang telah dilakukan oleh murid.  Menyerang  Bertahan

            Boleh menggunakan kemahiran badminton dalam pelbagai
            strategi menyerang dan bertahan berdasarkan situasi permainan.

            Boleh  menentukan  dan  memberikan  justifikasi  pemain  yang
            sesuai untuk melakukan serangan.
            Boleh mengaplikasikan pengetahuan yang berkaitan kemahiran
            badminton dalam strategi bertahan dan menyerang.

            Boleh  merancang  dan  melakukan  strategi  menyerang  dan
            bertahan dalam situasi permainan.

            Boleh membuat penambahbaikan strategi menyerang dan
            bertahan dalam situasi permainan.

           Catatan/Komen/Maklum Balas Murid:

           Rumusan Guru:


        60
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73