Page 88 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 88

Lari Pantas, tangkap selamat                                                                                                                                                                  Teknik lakuan



            Kemahiran memadang melibatkan membaling dan menangkap bola
            Dalam permainan kriket, pemadang perlu menguasai kemahiran membaling dan menangkap
            bola. Antara tujuan membaling bola adalah untuk mengembalikan bola kepada penjaga wiket
            atau menjatuhkan wiket. Pemadang perlu mahir mengembalikan bola dengan membuat
            balingan yang pantas dan tepat untuk "mematikan" pemukul yang membuat larian. Pemadang
            boleh melakukan kemahiran memboling bola ke pelbagai aras dan arah seperti bahagian sisi,                                                                                                                              Kategori Memadang
            atas kepala dan melantun bola.
                Pemadang turut melakukan kemahiran menangkap bola dari pelbagai aras dan arah seperti                                1              2                 3                   4
            menangkap bola pada aras buku lali, lutut, pinggang dan atas kepala.

     Kategori Memadang
                                                                                                                                                        Menangkap bola.
                     Cara bermain:


             1.  Murid-murid dibahagikan kepada dua
                 kumpulan berenam.
             2.  Kumpulan pertama sebagai pemukul
                 manakala kumpulan kedua pula ialah         Bagaimanakah
                 sebagai pemadang.                           kamu dapat
             3.  Murid-murid akan melakukan                  memastikan                                                                                                    Pemboling
                                                                                                                                               Saya perlu pandang
                 kemahiran boling.                           pukulan bola                                                                     bola untuk menangkap
             4.  Pemadang akan "mematikan" pemukul             melepasi                                                                           dengan betul.
                 daripada mendapat larian dengan             pemadang?
                 membaling bola kepada rakannya
                 mengikut turutan sehingga ke penjaga
                 wiket. Selepas itu, pemukul akan diganti
                 mengikut giliran untuk melakukan
                 pukulan semula.
             5.  Pemukul perlu berlari dan menyentuh
                 zon selamat dengan bet dan berlari
                 semula ke tempat asal. Pemain boleh
                 mengulangi larian sebelum penjaga
                 wiket menangkap bola dan membuat
                 laungan "Berhenti".
             6.  Kumpulan yang berjaya mendapatkan
                 larian terbanyak dikira pemenang.
             7.  Kumpulan bertukar peranan setelah                                                                                                                 Saya perlu
                 semua giliran pemain selesai.                                                  Pemukul                                                          menangkap dan
                                                                                                                                                               membaling bola ke
             Peringatan:                                       Penjaga                                                                                         arah penjaga wiket.
                                                                wiket
             1.  Lakukan senaman memanaskan badan
                 sebelum memulakan setiap aktiviti dan                                                                                                                 Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:
                                                                                        Saya perlu
                 menyejukkan badan selepas menamatkan                                menangkap bola                                                                    1.  Mengubah suai jarak larian.
                                                                                                                                                                       2.  Mengubah suai bilangan pemain.
                 setiap aktiviti.                                                      dan membuat                                                                     3.  Mengubah jarak atau kawasan permainan.
             2.  Pastikan kawasan permainan selamat.                                laungan "Berhenti".

           80        SP: 1.6.2, 1.6.4, 2.6.2, 2.6.4, 5.2.2,                                                                                                                                                               81
                     5.2.3, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1, 5.5.2
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93