Page 234 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 234

226






                                      pembaziran,  menjimatkan  kos,  mencegah  penyalahgunaan  dan
                                      mengelakkan kehilangan. Pergerakan aset hendaklah direkodkan.
                                      Setiap aset alih hendaklah diperiksa oleh pemeriksa aset alih sekurang-
                                      kurangnya  sekali  setiap  tahun.  PGB  hendaklah  mengambil  tindakan

                                      terhadap hasil penemuan pemeriksaan dan aset alih yang tidak dapat
                                      dikesan semasa pemeriksaan hendaklah diambil tindakan hapus kira.

                                •     Penyelenggaraan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.5
                                      Penyelenggaraan  aset  alih  penting  untuk  memastikan  aset  berfungsi
                                      dengan  lancarnya  secara  berterusan  memelihara  dan  memanjangkan
                                      jangka hayat aset dan selamat digunakan.

                                •     Pindahan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.6

                                      Pindahan hak milik aset alih antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) agensi
                                      Kerajaan Persekutuan boleh dilaksanakan sekiranya ada keperluan.

                                •     Pelupusan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.7
                                      Aset alih boleh dilupuskan sekiranya tidak ekonomi untuk dibaiki; usang;
                                      rosak dan tidak boleh digunakan; luput tempoh penggunaan; keupayaan
                                      aset  alih  tidak  lagi  di  peringkat  optimum;  tiada  alat  ganti  di  pasaran;

                                      pembekal tidak lagi memberikan khidmat sokongan; tidak lagi diperlukan
                                      oleh  jabatan;  perubahan  teknologi;  dan  melebihi  keperluan.  Perakuan
                                      Pelupusan  (PEP)  perlu  disediakan  bagi  pelupusan  aset  tertentu.  Aset
                                      hendaklah  diperiksa  oleh  Lembaga  Pemeriksa  Pelupusan  (LPP).
                                      Sekolah boleh menggunakan LPP sedia ada daripada sekolah-sekolah
                                      lain (dalam negeri yang sama) dibawah KPM ataupun mewujudkan LPP
                                      baru  mengikut  prosedur  yang  ditetapkan.  Bagi  pelupusan  yang
                                      melibatkan tidak lebih daripada RM50,000 bagi tiap-tiap satu barang dan
                                      tidak lebih daripada RM500,000 bagi nilai agregatnya untuk semua jenis

                                      aset kecuali kehilangan akibat kecurian, penipuan dan kecuaian pegawai
                                      awam perlu diserahkan kepada urusetia pelupusan di JPN yang mana
                                      kuasa meluluskan pelupusan adalah Pengarah/Timbalan Pengarah JPN.

                                •     Kehilangan dan Hapus Kira - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM
                                      2.8
                                      Pegawai  yang  mengetahui  kehilangan  hendaklah  melaporkannya

                                      kepada PGB dengan serta merta. PGB atau pegawai bertanggungjawab
                                      ke atas kehilangan atau Pegawai Aset atau Pegawai Penempatan atau
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239