Page 235 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 235

227






                                      pegawai  yang  mengetahui  kehilangan  berlaku,  hendaklah  membuat
                                      laporan polis dengan seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam dari masa
                                      kehilangan telah diketahui. PGB hendaklah menyediakan Laporan Awal
                                      Kehilangan  Aset  Alih  dan  mengemukakan  kepada  KSU  dan  Ketua

                                      Setiausaha Perbendaharaan.
                                      Unit  Pengurusan  Aset  Kementerian  akan  mengurus  pelantikan
                                      Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset Alih hingga keputusan hapus
                                      kira/keputusan tatatertib/surcaj. PGB mengambil tindakan terhadap syor,
                                      keputusan  penyiasatan  dan  kelulusan  hapus  kira.  Pegawai  Aset
                                      mengemaskinikan maklumat aset berkaitan.

                           c.   Menyelia pengurusan stok kerajaan di bawah kawalannya yang ditempatkan di
                                stor dengan pematuhan kepada prosedur serta menggunakan borang/format

                                /dokumen  yang  telah  ditetapkan  merangkumi  penerimaan,  merekod,
                                penyimpanan,     pengeluaran,    pemeriksaan,    keselamatan,    kebersihan,
                                pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Stok bermaksud barang-barang belum
                                guna dan perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau
                                penyelenggaraan. Antara contoh stok termasuk bekalan kertas A4 yang dibeli
                                untuk tempoh setahun perlu diurus mengikut tatacara pengurusan stok yang
                                telah ditetapkan. Pegawai lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan

                                stok adalah pegawai stor, pegawai pelulus pengeluaran stok dan Pemverifikasi
                                Stor.

                           d.   Menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor  menggunakan
                                format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  AM  1.1  (Lampiran  A)  untuk
                                dibentangkan  dalam  mesyuarat  JKPAK.  Mesyuarat  JKPAK  hendaklah
                                dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan. **sekolah
                                bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak perlu melaksanakan mesyuarat tetapi
                                hanya  perlu  menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor

                                menggunakan format Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 (Lampiran
                                A). Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD.

                           e.   Menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor  menggunakan

                                format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  PS  5.1  (Lampiran  B)  untuk
                                dibentangkan  dalam  Mesyuarat  JPKA.  Mesyuarat  JPKA  hendaklah
                                dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh tiga (3) bulan.
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240