Page 233 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 233

225






                                            Pelantikan Pegawai                 Pihak Berkuasa Melantik
                                   Pegawai Aset                            Pengerusi JKPAK Kementerian
                                   Pembantu Pegawai Aset                   PGB

                                   Pegawai Penerima                        PGB
                                   Pegawai Pemeriksa Aset                  Pengerusi JKPAK Kementerian
                                   Lembaga Pemeriksa Pelupusan             Pengerusi JKPAK Kementerian

                                   Jawatankuasa Penyiasat                  KSU
                                   Kehilangan Aset Alih

                                   Pegawai Stor                            PGB
                                   Pegawai Pelulus Pengeluaran Stok        PGB

                                   Pemverifikasi Stor                      Pengerusi JKPAK Kementerian
                                                 Jadual 5 : Pelantikan Pegawai Aset dan Stor

                           b.   Mengurus  semua  aset  Kerajaan  di  bawah  kawalannya  dengan  pematuhan
                                kepada  prosedur  serta  menggunakan  borang/format/dokumen  yang  telah
                                ditetapkan merangkumi:


                                •     Penerimaan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.2
                                      Pegawai Penerima bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa
                                      aset alih yang diterima menepati spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan.

                                •     Pendaftaran - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.3
                                      Pegawai  Aset/Pembantu  Pegawai  Aset  hendaklah  mendaftarkan  aset

                                      alih  yang  diterima  melalui  pembelian  dengan  wang  kerajaan,  yang
                                      disewa  beli  dengan  wang  kerajaan,  yang  diterima  melalui  hadiah,  -
                                      pindahan dan melalui proses perundangan atau perjanjian dalam tempoh
                                      dua minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset alih perlu diberi
                                      penempatan  serta  pegawai  yang  bertanggungjawab  menjaga  aset  di
                                      lokasi  (Pegawai  Penempatan).  Sebagai  contoh  seorang  guru  bahasa
                                      Inggeris diletakkan sebagai Pegawai Penempatan bagi penyaman udara
                                      yang berada di bilik panitia Bahasa Inggeris.


                                •     Penggunaan,     Penyimpanan      dan    Pemeriksaan     –    Pekeliling
                                      Perbendaharaan Malaysia AM 2.4
                                      Semua  aset  alih  hendaklah  digunakan  bagi  tujuan  rasmi  sahaja  dan
                                      dikendalikan  dengan  cekap  dan  teratur  bagi  tujuan  mengurangkan
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238