Page 103 - malaysia_2017
P. 103
Komponen Utama Dalam Sistem Kerajaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Badan Badan Badan
Perundangan Pentadbiran Kehakiman
(Legislatif) (Eksekutif) PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Parlimen Perdana Ketua Hakim
Menteri Negara
Dewan Mahkamah
Negara Kabinet Agung
Dewan Kementerian Mahkamah
Rakyat Tinggi
Suruhanjaya Mahkamah
Rendah
BADAN PERUNDANGAN
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-
undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat
undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen
juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan
boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam
undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan
ke dalam ‘Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan’ dan semua wang hanya
boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti
dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan
membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan
sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.
MALAYSIA 103
2017

