Page 105 - malaysia_2017
P. 105

Dewan Negara
              Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu
              rang undang-undang  dengan lebih  terperinci. Ia juga  bertanggungjawab
              membincangkan  perkara-perkara yang  menjadi  kepentingan  umum. Mengikut
              Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa
              menolak sesuatu  rang undang-undang  yang  diluluskan  oleh  Dewan  Rakyat
              sebelum dikemukakan  kepada Yang di-Pertuan  Agong  untuk  diperkenankan.
              Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu
              rang undang-undang itu.

              Dewan  Negara mempunyai  70  orang ahli  yang  mana 44  orang dilantik  oleh   PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
              Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  daripada warganegara yang pada
              pendapat baginda “telah berbakti dengan  cemerlangnya atau telah mencapai
              taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian,
              kegiatan  kebudayaan,  perkhidmatan  masyarakat atau  wakil-wakil  kaum  yang
              terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah
              Persekutuan  dianggotai  oleh  empat orang  ahli  iaitu  dua orang ahli  mewakili
              Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan
              Labuan  dan  seorang ahli  mewakili  Wilayah  Persekutuan  Putrajaya juga  dilantik
              oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih
              oleh Dewan Undangan  Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap
              sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.
              Seorang  Yang  di-Pertua  Dewan  dan  Timbalannya  dipilih  terlebih  dahulu  bagi
              mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan
              Dewan  ini  dihadkan  kepada  warganegara yang  berumur  30  tahun  ke  atas.
              Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan
              Negara boleh dilantik  untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi
              tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator
              memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara
              ini  tidaklah  terjejas dengan  pembubaran  Parlimen. Parlimen diberi  kuasa oleh
              Perlembagaan untuk  mengubah  keahlian Dewan Negara,  seperti menambah
              bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga
              orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-
              pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

              Dewan Rakyat
              Dewan  Rakyat  merupakan  majlis khas  untuk  rakyat menyuarakan  hasrat dan
              pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli
              Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan
              raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun
              demikian, terdapat pula  satu syarat dalam perlembagaan yang  membolehkan
              Yang di-Pertua dipilih  dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih  seperti ini
              dianggap  sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang
              dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur
              21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan
              ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
              Agong  berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk  membubarkan Parlimen
              sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

              Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan
              raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk


                                                            MALAYSIA 105
                                                                         2017
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110