Page 106 - malaysia_2017
P. 106

negeri-negeri  di  Semenanjung,  25  kerusi untuk  Sabah  dan  31  kerusi untuk
        PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
            Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan
            Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah
            Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

            BADAN PEMERINTAH


             Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab
             melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-
             undang. Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah
             Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk
             kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan
             Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana
             Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan
             undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan
             Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku
             kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong  tidak berupaya menjalankan
             tugas  kerana sakit, tidak  berada dalam Persekutuan  Malaysia lebih  daripada
             15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong
             bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

            Jemaah Menteri
            Jemaah Menteri  merupakan  badan  yang  menjalankan  kuasa  eksekutif  yang
            dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43,
            Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan
            Jemaah Menteri untuk  menasihatkan baginda  dalam hal ehwal menjalankan
            tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

            •   Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada
                ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan
                sebilangan besar daripada ahli-ahli dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk
                mengetuai Jemaah Menteri; dan
            •   Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan  Agong  hendaklah  melantik
                menteri-menteri lain  dalam kalangan  ahli-ahli  Dewan  Rakyat dan  Dewan
                Negara.

            Majlis Raja-Raja
            Majlis Raja-Raja  dianggotai oleh semua Raja-Raja  Melayu dan Yang di-Pertua-
            Yang di-Pertua Negeri. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38,
            Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:

            •   Memilih  Yang di-Pertuan  Agong  dan  Timbalan Yang di-Pertuan  Agong  bagi
                Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan
                Persekutuan;
            •   Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan
                atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan; dan
            •   Mempersetujui  atau  tidak  mempersetujui  apa-apa  undang-undang  dan
                membuat atau  memberi nasihat  mengenai  apa-apa pelantikan  yang
                menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang
                dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.



              106  MALAYSIA
                                2017
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111