Page 111 - malaysia_2017
P. 111
berkanun, Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab
terhadap badan tersebut. Perbadanan awam terbahagi kepada dua iaitu badan-
badan berkanun dan badan-badan bukan berkanun.
• Badan Berkanun
Badan berkanun merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan
mengikut akta-akta tertentu seperti Akta Parlimen atau Enakmen Negeri
bagi tujuan melaksanakan tugas-tugas khusus, sejajar dengan objektif dan
matlamat negara.
• Badan Bukan Berkanun PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Badan bukan berkanun adalah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.
Badan-badan bukan berkanun mempunyai kebebasan yang lebih luas sebab
badan ini tidak tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan kerajaan
seperti yang dikenakan ke atas badan-badan berkanun. Tambahan lagi
badan-badan bukan berkanun bebas mengadakan skim perjawatan masing-
masing. Bagaimanapun, suatu aktiviti perbadanan hendaklah selaras dengan
peruntukan undang-undang atau akta-akta penubuhannya.
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
Setiap negeri mempunyai jentera pentadbiran sendiri. Sistem dan struktur
pentadbirannya adalah sama di seluruh Semenanjung kecuali di Sabah dan
Sarawak. Kuasa di bawah kerajaan negeri ialah kerajaan tempatan atau daerah.
Badan Pentadbiran Peringkat Negeri
Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Dewan Undangan Negeri
Raja dan Yang di-Pertua Negeri
Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah institusi penting dalam jentera pentadbiran
kerajaan negeri. Raja-Raja yang memerintah Johor, Kedah, Kelantan, Pahang,
Perak, Selangor dan Terengganu dikenali sebagai Sultan manakala Perlis dikenali
sebagai Raja dan di Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar. Seseorang
Raja diwarisi secara turun-temurun dan ditentukan oleh adat yang berbeza
bagi setiap negeri. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diperintah oleh
Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang Raja
menjalankan tugas berikut:
MALAYSIA 111
2017

