Page 227 - malaysia_2017
P. 227

Seramai 5,000 orang turut menyertai program dengan melakukan pelbagai aktiviti   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              riadah  seperti  berbasikal,  berjalan  kaki,  berlari,  bermain  kasut  roda,  bermain
              papan selaju, menaiki kereta kuda dan lain-lain lagi. Objektif utama penganjuran
              program ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat
              pelbagai kaum di samping  menzahirkan semangat patriotisme dan bersatu padu
              di  kalangan  peserta  yang  turut  sama  mengibarkan  Jalur  Gemilang  sepanjang
              program tersebut berlangsung.

              MYBUDDIES RUN #SEhATISEJIwA
              Program MyBuddies Run telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ogos 2016 bertempat
              di Persiaran Flora, Cyberjaya. Program ini dianjurkan oleh MyNIC, agensi di bawah
              KKMM dengan penyertaan melebihi 7,000 orang rakyat Malaysia berbilang bangsa.
              Program ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan
              gaya  hidup  sihat  di  samping  menyatukan  rakyat  Malaysia  melalui  pendekatan
              sukan dan rekreasi. Program ini memasuki tahun kedua penganjuran yang turut
              menampilkan  beberapa  pembaharuan  untuk  menarik  penglibatan  masyarakat
              pelbagai lapisan menyertainya.

              Selain acara larian, para peserta turut menyertai aktiviti menarik seperti senaman
              body  combat  yang  diterajui  selebriti  Sharifah  Sakinah  dan  persembahan  artis
              tempatan.




























                                                            MALAYSIA 227
                                                                         2017
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232