Page 226 - malaysia_2017
P. 226

disusun  sepanjang  program  berlangsung  antaranya  pendaftaran  aktivis  sehati
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            sejiwa,  persembahan  Infiesta  Pentarama,  Larian  Sehati  Sejiwa,  Kembara  Jalur
            Gemilang, penyertaan pameran daripada 32 jabatan kerajaan  dan swasta serta
            persembahan konsert RTM.

            Acara  Larian  Sehati  Sejiwa  telah  berjaya  menarik  lebih  10,000  penyertaan  dan
            dilepaskan  oleh  YB  Datuk  Tawfiq  Abu  Bakar  Titingan,  Menteri  Belia  dan  Sukan
            Negeri Sabah.



















            DOA UNTUK MALAYSIA
            Program  Doa  Untuk  Malaysia  adalah  acara  tahunan  sempena  Sambutan
            Hari  Kebangsaan  telah  diadakan  pada  13  Ogos  2016  bertempat  di  Dataran
            Merdeka, Kuala Lumpur.  Program ini bertujuan menzahirkan rasa syukur di atas
            kemerdekaan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia. Program ini dihadiri oleh
            YAB Perdana Menteri, ahli Jemaah Menteri, Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan
            Awam serta orang awam yang dianggarkan seramai 10,000 orang.
            Program ini turut bersiaran secara langsung melalui stesen TV Jabatan Penyiaran
            Malaysia (RTM). Acara dimulakan dengan solat Isyak dan solat hajat berjemaah,
            disusuli  bacaan  doa  untuk  Malaysia  bagi  mendoakan  kesejahteraan  serta
            mengukuhkan  perpaduan  rakyat  Malaysia.  Seterusnya  diikuti  dengan  selawat
            Qasidah  yang  dipimpin  oleh  Habib  Syech  Abdul  Qadir  Assegaf  bersama-sama
            Habib Ali, Kumpulan Al Mawlid, Kumpulan IN-TEAM dan Kumpulan Hadrah.

            Program  ini  turut  diraikan  oleh  masyarakat  pelbagai  bangsa  dan  agama  yang
            bersama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara. Upacara bagi
            penganut  agama  Hindu  telah  diadakan  pada  13  Ogos  2016  di  Pulau  Pinang,
            upacara bagi penganut agama Buddha telah diadakan pada 18 Ogos 2016 serta
            upacara  bagi  penganut  agama  Sikh  dan  Kristian  akan  diadakan  pada  28  Ogos
            2016. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Jabatan Hal Ehwal Khas
            (JASA) selaku Jawatankuasa Pelaksana.

            KAYUhAN SEhATI SEJIwA
            Acara Kayuhan Sehati Sejiwa anjuran KKMM dengan kerjasama (DBKL) dan KL Car
            Free Morning telah diadakan pada 21 Ogos 2016 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.
            Pelepasan  program  ini  telah  disempurnakan  oleh  YB  Menteri  Komunikasi  dan
            Multimedia Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ketua Setiausaha dan Timbalan
            Ketua Setiausaha KKMM jam 7.00 pagi.



              226  MALAYSIA
                                2017
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231