Page 228 - malaysia_2017
P. 228
KARNIVAL MERDEKA SEhATI SEJIwA DAN SAMBUTAN MALAM
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
AMBANG MERDEKA
Karnival ini dipenuhi dengan persembahan yang dikendalikan oleh gabungan tiga
buah stesen penyiaran utama negara iaitu RTM, Media Prima Berhad dan Astro
seperti berikut:
i. Konsert Negaraku oleh ASTRO pada 27 Ogos 2016;
ii. Rakaman konsert ini disiarkan pada 16 September 2016;
iii. Konsert Saya Anak Malaysia oleh RTM pada 28 Ogos 2016;
iv. Disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 Ogos 2016;
v. Pertunjukan Kebudayaan oleh Artis Kebudayaan Negara pada 29 Ogos 2016;
vi. Meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia; dan
vii. Program Sambutan Ambang Merdeka oleh Media Prima pada 30 Ogos 2016.
Amanat Hari Kebangsaan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri
dipancarkan secara langsung melalui skrin LED yang dipasang di lokasi program
dan ditonton oleh lebih 15,000 orang penonton. Ini diikuti oleh persembahan khas
artis daripada Media Prima Berhad dan acara kemuncak iaitu upacara kiraan detik
ambang merdeka serta persembahan bunga api berirama.
Pengisian karnival ini telah dapat menyemarakkan semangat patriotik dan
cintakan negara dalam kalangan generasi muda melalui platform seni dan
budaya. Peranan artis dan pengacara majlis telah berjaya menaikkan semangat
sehati sejiwa melalui reaksi penonton yang dilihat turut sama menyanyikan lagu
patriotik serta melaungkan “merdeka” dan “1Malaysia”.
Usahasama yang telah dijalinkan oleh ketiga-tiga stesen penyiar utama negara
selama tiga tahun berturut-turut ini telah berjaya mewujudkan sinergi positif
dalam pelaksanaan NBOS. Penganjuran karnival ini telah berjaya menjadi platform
menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan latar belakang.
AMANAT hARI KEBANGSAAN
Amanat Hari Kebangsaan ini disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada lebih 4,500 orang jemputan pada
30 Ogos di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Amanat itu turut ditonton dan dihayati oleh lebih 30 juta rakyat Malaysia melalui
Siaran Langsung oleh semua stesen televisyen dan radio tempatan pada malam
tersebut. Amanat Hari Kebangsaan mempunyai keunikan dalam menzahirkan
‘Moments of Unity’ atau detik-detik kebersatuan perlu dicambah dan disemarakkan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menyeru rakyat agar bersama-sama
menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat kemerdekaan ini
dengan bersungguh-sungguh mempertahankan keamanan dan kedaulatan
negara. Program ini telah diurusetiakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(BERNAMA) buat kali ketiga selaku Jawatankuasa Pelaksana.
228 MALAYSIA
2017

