Page 231 - malaysia_2017
P. 231
Aktiviti-aktiviti menarik dalam pemantapan industri kreatif telah diadakan
sepanjang berlangsungnya penganjuran KL CONVERGE! 2016 seperti Pameran
Industri Komunikasi dan Industri Kandungan, Bengkel dan Masterclass, Bengkel
Perfileman, Sesi Pemadanan Perniagaan Industri Kandungan Kreatif dan Bengkel
Keusahawanan di atas talian.
Program-program yang berteraskan promosi dan perkongsian kandungan kreatif
dan kandungan digital yang menerapkan elemen pembangunan ilmu bersama
karyawan tempatan dan antarabangsa turut diadakan. Antara program-program
tersebut ialah 5th Asian Content Business Summit, VFX in Film Summit, Son et
Lumiere, Asian Youth Entreprenuer Network, The Evolving Digital Content and RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Technology Landscape in the Asian Media Market, Pre-Production Process in
Animation, Journey to Developing Amazing and Secure Mobile Application dan
seumpamanya.
YOUTUBE KIDS
PELANCARAN YOUTUBE KANAK-KANAK, USAhA SAMA MDEC DAN GOOGLE
MALAYSIA.
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Google Malaysia YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
telah melancarkan aplikasi Youtube Kids pada bulan Oktober 2016. Aplikasi ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
juga adalah untuk meraikan usaha kreatif pencipta tempatan dan juga terus GAMBAR : IMG_0361 (Zad, minta crop jadikan macam gambar passport. TQ)
memajukan industri kandungan digital terutamanya dalam kalangan kanak- YB Dato’ Sri Jailani Johari
kanak. Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna gajet di kalangan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
kanak-kanak untuk mencari video dan topik pilihan dengan lebih mudah dan GAMBAR : tmenteri
mesra pengguna seiring usia mereka.
Aplikasi YouTube Kids ini dibangunkan dengan empat kategori carian utama iaitu
shows, music, learning dan explore. Pengguna terutamanya kanak-kanak boleh
menyemak imbas saluran dan senarai playlist video atau topik pilihan melalui
carian suara tanpa perlu menaip dan mesra pengguna.
MALAYSIA 231
2017

