Page 230 - malaysia_2017
P. 230

KL CONVERGE! 2016 [TOUCh ThE fUTURE]
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN




























            Sesi bergambar YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
            Dato’ Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan delegasi-delegasi antarabangsa.

            Program KL CONVERGE! 2016 adalah penganjuran kali ketiga kementerian dengan
            membawa tema Touch the Future. Program ini telah berlangsung pada 22 hingga
            24 September 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dirasmikan
            oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia
            Malaysia (KKMM).

            Objektif  utama  penganjuran  KL  CONVERGE!  adalah  untuk  menjadikan  Kuala
            Lumpur  sebagai  Pusat  Pasaran  Industri  Komunikasi  dan  Industri  Kandungan
            Kreatif di peringkat antarabangsa. KL CONVERGE! 2016 telah menyatukan pihak
            industri  telekomunikasi,  multimedia  serta  belia  generasi  Y  yang  kini  semakin
            berminat  untuk  menjalankan  perniagaan  secara  atas  talian  dalam  Fiesta  Blog
            Shop yang telah dibawa oleh pihak MYNIC Berhad.

            Seramai 15,000 orang pengunjung dan peserta telah hadir memeriahkan program
            yang  diaturkan.  Penganjuran  kali  ini  telah  memberi  suntikan  baru  kepada
            generasi  muda  untuk  turut  bersama-sama  terlibat  dalam  pelbagai  aktiviti  yang
            telah  dijalankan.  KL  CONVERGE!  2016  juga  turut  membuka  peluang  kepada
            118  pempamer  yang  terdiri  daripada  kementerian,  agensi,  jabatan,  syarikat
            telekomunikasi dan penyiaran, peniaga-peniaga produk atas talian dan syarikat
            animasi.












              230  MALAYSIA
                                2017
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235