Page 229 - malaysia_2017
P. 229

KREATIVITI@KOMUNITI (K@K)
                                       Program  Kreativiti  @  Komuniti  (K@K)  telah  dirangka
                                       sebagai  sebuah  program  turun  padang  KKMM
                                       dengan memfokuskan kepada aspek kesedaran dan
                                       pendedahan  terhadap  industri  kandungan  kreatif
                                       seperti filem, fotografi, video, muzik, penulisan skrip
                                       dan sebagainya kepada pelajar di luar bandar.

                                       Program  K@K  adalah  hasil  kolaborasi  antara  KKMM
                                       bersama-sama  jabatan  dan  agensi  di  bawah  KKMM   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                       iaitu  Jabatan  Penyiaran  Malaysia  (RTM),  Jabatan
                                       Penerangan  Malaysia  (JaPen),  Jabatan  Hal  Ehwal
                 Logo Kreativiti @ Komuniti  Khas  (JASA),  Pertubuhan  Berita  Nasional  Malaysia
                                       (BERNAMA),  Perbadanan  Kemajuan  Filem  Nasional
              Malaysia (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan
              Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

              Penganjuran  program  ini  dilakukan  secara  berperingkat  dan  telah  berlangsung
              di  beberapa  lokasi  yang  telah  dibahagikan  kepada  beberapa  bahagian  seperti
              Zon  Timur,  Zon  Selatan,  Zon  Tengah,  Zon  Utara,  Zon  Sabah  dan  Zon  Sarawak.
              Pada tahun 2016, Program K@K telah diadakan di Zon Timur, Zon Sabah dan Zon
              Sarawak.

              Objektif  program  K@K  ini  berlandaskan  teras  utama  KKMM  iaitu,  pemantapan
              industri kreatif. Antara objektif program ini adalah:
                •   Mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat pelajar dan belia luar bandar;
                •   Menghasilkan generasi pelapis dalam industri kandungan digital;
                •   Meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai hasil industri
                   kandungan digital;
                •   Mewujudkan kerjasama antara kementerian dan institusi pendidikan bagi
                   memajukan industri kandungan digital; dan
                •   Memperkenalkan dan mempromosikan fungsi KKMM dan agensi-agensi di
                   bawahnya kepada masyarakat luar bandar.

              Penganjuran K@K bukan sahaja mampu mencungkil dan mengetengahkan bakat
              kreatif dalam kalangan golongan pelajar di kawasan luar bandar, malah program
              ini juga memberi impak besar terhadap sokongan masyarakat terhadap kerajaan
              sedia ada dengan mempunyai hala tuju dan suara secara bersama.






















                                                            MALAYSIA 229
                                                                         2017
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234