Page 28 - malaysia_2017
P. 28

PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA























            SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016
            Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan telah mencatat  sejarah
            penganjuran dengan jumlah pengunjung tertinggi melebihi 500,000 orang dilihat
            membanjiri  Dataran Merdeka  dan  sekitar  Kuala  Lumpur.  Acara ini  merupakan
            salah satu medium penyatuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
            bangsa, agama dan budaya sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan negara.
            Konsep  persembahan  ‘Sehati Sejiwa’  menampilkan  persembahan interaktif
            seperti gabungan  aksi pertunjukan,  persembahan  padang  dan  gabungan
            persembahan grafik manusia dengan sokongan audio visual Light-Emitting Diode
            (LED). Pertunjukan aset udara dan darat turut menjadi antara elemen menarik
            yang berjaya ditonjolkan. Persembahan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
            berbentuk aksi yang melibatkan pelbagai unit dan kepakaran ketika menangani
            isu  keselamatan negara telah  memberi kelainan  pada  tahun  ini.  Persembahan
            khas ini telah berjaya menyentuh perasaan dan rasa terharu penonton mengenai
            pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara.

            Acara perbarisan  ini  disertai  hampir  15,000  orang  peserta pelbagai  kategori
            mengikut kontinjen perarakan yang telah ditetapkan. Perbarisan turut diserikan
            dengan  persembahan  animasi yang  disokong  oleh  penggunaan  belon  gergasi
            serta maskot watak-watak animasi utama dan terkenal iaitu ‘BoBoiBoy’ serta ‘Didi
            and Friends’. Sebuah skrin LED gergasi sepanjang 112 meter dan 9 meter tinggi
            disediakan di Dataran Merdeka dan 10 skrin LED di sepanjang Jalan Raja Laut bagi
            membolehkan acara  disaksikan oleh semua pengunjung  yang hadir. Kontinjen
            perbarisan pada tahun ini turut menampilkan kontinjen sukan bagi mempromosi
            acara sukan SEA 2017 serta meraikan pemenang-pemenang pingat sukan Olimpik
            2016. Penyertaan atlet pada kali ini telah mendapat sambutan hangat daripada
            pengunjung yang hadir dan memeriahkan lagi sambutan. Penyertaan kontinjen
            ini telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan pengunjung
            dan penonton. Acara Perbarisan dan Perarakan ini turut disiarkan secara langsung
            oleh stesen televisyen tempatan yang disaksikan oleh masyarakat seluruh negara.
            Jumlah keseluruhan penonton yang menyaksikan siaran langsung acara perbarisan
            di semua stesen televisyen adalah sebanyak 1,246,000 orang penonton.





               28  MALAYSIA
                                2017
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33