Page 29 - malaysia_2017
P. 29
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2016 PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2016
telah berlangsung dengan meriahnya di Padang
Lapangan Terbang Lama, Bintulu, Sarawak bermula
pada jam 8.00 malam. Sambutan pada kali ini
menekankan semangat kejiwaan dan bersatu hati
rakyat Malaysia kerana tema “Sehati Sejiwa” masih
digunakan untuk sambutan Hari Malaysia ini. Bintulu
yang juga dikenali sebagai Kota Tenaga Sarawak telah
menerima kira-kira 12,000 pengunjung daripada
penduduk pelbagai kaum mewakili pelbagai lapisan
masyarakat.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan
isteri, Puan Seri Jamilah Anu dan Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan
isteri, Datin Seri Genevieve Kitingan Pairin mewakili
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman turut bersama
memeriahkan sambutan ini. Diikuti dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor. Selain mereka, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia Datuk
Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan
menteri Kabinet persekutuan dan negeri yang lain juga turut hadir pada sambutan
Hari Malaysia di Bintulu ini.
Sambutan dimulakan dengan berkumandangnya lagu kebangsaan Sarawak “Ibu
Pertiwiku” selepas ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan
isteri Toh Puan Raghad Kerdi Taib dan disusuli dengan pelbagai acara meriah bagi
meraikan sambutan peringkat kebangsaan Hari Malaysia ini. Perdana Menteri
Malaysia juga telah menerima Jalur Gemilang daripada Ketua Aktivis Sehati Sejiwa,
anak jati Bintulu berbangsa Melanau, Izuandy Yassin yang mana simboliknya
Jalur Gemilang tersebut adalah daripada peserta konvoi Jalur Gemilang yang
terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia yang telah
melakukan konvoi Jalur Gemilang tersebut di seluruh negeri sebelum ini. Beliau
kemudiannya menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia sebelum
memotong kek dan sambutan berakhir kira-kira jam 10.30 malam.
MALAYSIA 29
2017

