Page 281 - malaysia_2017
P. 281

PENGENALAN


              Perhatian  kerajaan  kepada  sektor  pelancongan  bermula  sejak  1959  dan
              penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-2, 1971-1975 telah
              menekankan  pentingnya  peranan  yang  dimainkan  industri  pelancongan  dalam
              ekonomi negara.

              Kementerian  Pelancongan  dan  Kebudayaan  Malaysia  yang  ada  pada  hari  ini
              terbentuk  menerusi  pengstrukturan  Kabinet  selepas  Pilihanraya  Umum  ke-13
              pada tahun 2013, dalam usaha kerajaan mengukuhkan promosi Malaysia sebagai   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              destinasi pelancongan pilihan dunia, yang selari dengan slogan “Malaysia, Truly
              Asia”.

              Dengan  kekuatan  12  jabatan  dan  agensi,  visi  Kementerian  Pelancongan  dan
              Kebudayaan  Malaysia  adalah  untuk  memajukan  Malaysia  sebagai  destinasi
              pelancongan  dan  kebudayaan  bertaraf  dunia  serta  membina  jati  diri  bangsa
              berteraskan seni, budaya dan warisan negara.



























              AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


              wORLD TOURISM CONfERENCE 2016
              Georgetown,  Pulau  Pinang  telah  menyaksikan  berlangsungnya  World  Tourism
              Conference (WTC) 2016 selama dua hari bermula 17 hingga18 Oktober 2016 yang
              dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) dengan
              kerjasama United Nations World Tourism Organization (UNWTO). Penganjurannya
              pada kali ini adalah merupakan kali yang ke-4. Sebelum ini, WTC dianjurkan di
              Kuala Lumpur (2007), Kota Kinabalu (2010) dan Melaka (2013).

              Bertemakan  Tourism  Delights:  Delivering  the  Unexpected,  WTC  2016  turut
              menampilkan beberapa penceramah yang terkemuka seperti YBhg. Tan Sri Dr.
              Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha KPK; YBhg. Tan Sri Dr. Francis Yeoh, CEO YTL



                                                            MALAYSIA 281
                                                                         2017
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286