Page 283 - malaysia_2017
P. 283
MAJLIS RUMAh TERBUKA MALAYSIA (MRTM) RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
MRTM dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman di kalangan
rakyat berbilang bangsa di samping mengetengahkan tradisi perayaan yang
disambut pelbagai kaum di Malaysia. Ia juga mensasarkan untuk menyemarakkan
semangat 1Malaysia selain menjadi platform untuk jalinan hubungan mesra di
antara pemimpin dan rakyat.
Setiap MRTM yang dilaksanakan turut melibatkan kerjasama daripada agensi-
agensi kerajaan lain termasuk PTPTN, SSM, KWSP dan sebagainya . Jumlah
keseluruhan pengunjung ke MRTM yang dilaksanakan adalah seramai 100,000
orang.
PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2017
Pesta Angin Timur Perlis merupakan acara anjuran Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara yang bermatlamat untuk mengangkat sektor pelancongan
budaya di negeri Perlis serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
nilai seni warisan lampau. Acara yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis,
YB Dato’ Seri Azlan bin Man memaparkan konsep pelancongan budaya dan
agropelancongan yang menjadi kegiatan ekonomi utama negeri Perlis. Acara
ini juga merupakan produk pelancongan bagi negeri Perlis yang boleh menjana
pendapatan masyarakat setempat.
Pesta Angin Timur yang memasuki kali kelima penganjurannya pada 2017 telah
menarik seramai 106,201 orang pengunjung, melepasi sasaran asal 100,000
orang. Acara ini turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama
93 rakan kerjasama strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jumlah keseluruhan pendapatan acara ini
adalah sebanyak RM 500,027.95 yang telah memberi impak kepada pelbagai
jenis perniagaan masyarakat setempat sepanjang 3 hari penganjurannya. Acara
ini turut berjaya merapatkan hubungan pemimpin dan rakyat menerusi pelbagai
aktiviti yang dilaksanakan.
MALAYSIA 283
2017

