Page 284 - malaysia_2017
P. 284
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PROGRAM KRAf KAMPUNGKU
Program Kraf KampungKu adalah inisiatif kerajaan melalui Kraftangan Malaysia
bagi membangunkan ekonomi setempat dan meningkatkan taraf hidup usahawan
kraf melalui Program Satu Daerah Satu Industri di bawah kluster produk kraf.
Menerusi pelaksanaan Program Kraf KampungKu ini, kapasiti pengeluaran
produk kraf seramik dan pendapatan usahawan dijangka akan meningkat. Selain
itu, peluang pekerjaan baru di kalangan penduduk di sekitarnya juga dapat
diwujudkan dengan terlaksananya program tersebut.
Kapasiti pengeluaran dan pendapatan usahawan meningkat sebanyak 10 hingga
20 peratus setahun daripada nilai jualan sedia ada sebanyak RM1.1 juta. Sehingga
November 2016, tenaga kerja yang terlibat di dalam pembuatan produk kraf labu
sayong adalah seramai 69 orang dan lebih ramai lagi dilatih untuk menghasilkan
produk kraf seramik ini.
Program Kraf KampungKu juga telah dilancarkan di Keningau, Sabah pada 4 April
2017, yang fokus kepada memperluas pasaran produk kraf anyaman bermutu
tinggi yang menggunakan tumbuhan di kawasan sekitar Kampung Batu Lunguyan,
daerah kecil Sook. Program Kraf KampungKu di Keningau turut mendapat
kerjasama daripada 33 agensi tempatan.
fORUM wORLD TOURISM DAY 2016
World Tourism Day atau Hari Pelancongan Sedunia merupakan hari rasmi yang
diangkat oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia atau UNWTO untuk mengingati
kepentingan sektor pelancongan, sosial, budaya, politik dan ekonominya. Ia
disambut pada 27 September setiap tahun di seluruh dunia, dan pada tahun ini,
ia bertemakan Tourism for All, Promoting Universal Accessibility, yang mensasarkan
untuk memberi kesedaran tentang keperluan untuk memastikan semua golongan
pelancong dapat menikmati kemudahan dan akses yang sama kepada destinasi-
destinasi pelancongan dunia.
Forum World Tourism Day 2016 dianjurkan di MaTiC dan telah disertai hampir 100
orang peserta. Antara panel yang hadir ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia,
YBhg. Dato’ Seri Mirza Muhammad Taiyab, bekas Pengarah Urusan Malaysia
Airlines, YBhg. Tan Sri Aziz Abdul Rahman dan Ketua Perhubungan Pelabur Air
Asia, Cik Elina Effendi. Perbincangan forum adalah berkisar kepada strategi inovatif
dalam pembangunan infrastruktur, produk dan perkhidmatan pelancongan yang
memberi nilai tambah kepada destinasi tersebut di samping meningkatkan daya
saing mereka dalam pasaran pelancongan global.
284 MALAYSIA
2017

