Page 285 - malaysia_2017
P. 285

CITRAwARNA 2016                                                             RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Bertemakan kisah dongeng rakyat Malaysia, acara ini bertujuan untuk mempromosi
              dan meraikan kepelbagaian budaya, seni, warisan dan juga biodiversiti Malaysia
              melalui  cara  kreatif  yang  digarap  melalui  persembahan  yang  berwarna-warni.
              Lokasi yang dipilih juga merupakan kawasan yang simbolik dan sinonim dengan
              imej Malaysia yang masih mengekalkan tinggalan sejarah walaupun mengalami
              pembangunan pesat.

              Acara  ini  memasuki  tahun  ke-17  penganjurannya  pada  tahun  2016,  dan  telah
              menjadi antara acara mega pelancongan yang ditunggu-tunggu oleh pelancong
              domestik  dan  asing  setiap  tahun.  Citrawarna  2016  yang  diadakan  pada  25
              September 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur turut mendapat kerjasama
              daripada  pihak  swasta  yang  menjadi  penaja  acara  ini  iaitu  Starbucks  Malaysia,
              LanBaharin  Kuala  Lumpur,  Josh  Lee  Fragrances,  Teratak  Spa,  Che  Din  Food,
              MaTiCfm dan Green Life Landscape. Selain itu, MOTAC juga melaksanakan program
              Eat.Travel.Write.Doodle  sempena  Citrawarna  2016  yang  melibatkan  40  orang
              wartawan  dari  Malaysia,  Indonesia,  Singapura  dan  Thailand.  Seramai  63  orang
              wakil MegaFam dari 11 negara yang dibawa oleh Tourism Malaysia turut hadir ke
              acara ini. Acara ini turut mendapat liputan meluas daripada media seluruh dunia.

































                                                            MALAYSIA 285
                                                                         2017
   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290