Page 282 - malaysia_2017
P. 282

RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN


























            Corporation;  Cik  Aireen  Omar,  Executive  Director  and  Chief  Executive  Officer
            AirAsia Berhad; YBhg. Dato’ Sri Idris Jala, CEO PEMANDU dan ramai lagi. Ianya juga
            turut dihadiri oleh penggiat industri dan mereka yang pakar dan profesional di
            dalam bidang pelancongan serta ahli akademik.

            Pemilihan Georgetown, Pulau Pinang sebagai lokasi penganjuran adalah kerana
            lokasinya  yang  strategik  dan  mendapat  pengiktirafan  UNESCO  Heritage  Site.
            Selain  itu,  Pulau  Pinang  juga  turut  mempunyai  pelbagai  tarikan  baharu  seperti
            The Skyway dan The Habitat, Penang Hill selain daripada Entopia, yang sebelum
            ini dikenali sebagai Penang Butterfly Farm.

            Intipati WTC 2016 meliputi isu semasa dalam sektor pelancongan seperti cabaran,
            inovasi  dan  kreativiti  serta  masa  hadapan  industri  pelancongan.  Ia  turut  fokus
            kepada  membincangkan  idea  dan  strategi  bagi  meningkatkan  lagi  kedatangan
            pelancong ke Malaysia.

            Turut hadir merasmikan WTC 2016 ialah YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul
            Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia; YAB Tuan Lim Guan Eng,
            Ketua Menteri Pulau Pinang; dan TYT Dr. Taleb Rifai, Ketua Setiausaha UNWTO.
            WTC 2016 dihadiri seramai 811 peserta dari pelbagai negara, termasuklah empat
            Menteri daripada Sudan, East Timor, Papua New Guinea dan tiga Timbalan Menteri
            daripada Kemboja, Filipina dan Thailand.















              282  MALAYSIA
                                2017
   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287