Page 315 - malaysia_2017
P. 315

bagi mengikuti program BOOTCAMP
                                                      Kapten  Bas  siri  1/2016  pada  23
                                                      Mei  hingga  20  Ogos  2016.    Semua
                                                      peserta  telah  berjaya  menamatkan
                                                      latihan  dan  telah  mula  bekerja
                                                      dengan  penempatan  di  Depoh  di
                                                      Stesen  Asia  Jaya,  Maluri,  Melawati,
                                                      Shah  Alam  dan  Cheras  Selatan  .
                                                      Penyertaan  belia  dalam  program
                                                      BOOTCAMP  Kapten  Bas  Siri  Kedua
                                                      telah  meningkat  kepada  41  orang   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                      peserta dan telah dilaksanakan pada
                                                      15 Ogos 2016 hingga 12 November
                                                      2016 dan kini telah bekerja dengan
                                                      syarikat RapidBus berkenaan.
              DRB-Hicom dan dua anak syarikatnya iaitu POS Aviation dan Composite Technology
              Research  Malaysia  Sdn  Bhd  (CTRM)  juga  telah  menandatangani  MoU  dengan
              KBS pada 24 Mei 2016 untuk memberikan komitmen untuk bekerjasama dalam
              membangunkan belia serta menawarkan pekerjaan kepada anak muda Malaysia.
              POS Aviation telah berminat untuk melaksanakan program BOOTCAMP bersama
              KBS bagi jawatan Passenger Service Officer (PSO) dan Ramp Service Assistant (RSA)
              yang mempunyai kadar turn-over yang sangat tinggi dan memberi kesan kepada
              produktiviti syarikat.

              Siri pertama program telah berjaya dilaksanakan pada 1 April hingga 30 Jun 2016
              bertempat di KLIA, Sepang dengan penyertaan seramai 41 orang peserta (25 CSO,
              16 RSA) . Pada akhir program, 39 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan
              dan  34  orang  ditawarkan  pekerjaan  di  bawah  Pos  Aviation  dengan  mendapat
              penempatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

              Manakala  siri  kedua  program  latihan  ini  telah  berlangsung  dari  7  September
              2016  hingga  2  Disember  2016.  Seramai  23  orang  peserta  telah  berjaya  untuk
              menamatkan  latihan  dengan  cemerlang  dan  layak  dianugerahkan  Sijil  Tamat
              Latihan dan diterima bekerja oleh pihak POS Aviation.

                                                      hARI SUKAN NEGARA (hSN)
                                                      2016
                                                      Hari  Sukan  Negara  ialah  sambutan
                                                      tahunan  yang  telah  diisytiharkan
                                                      oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
                                                      Dato’  Sri  Mohd  Najib  Tun  Abdul
                                                      Razak pada setiap hari Sabtu minggu
                                                      kedua  bulan  Oktober  setiap  tahun
                                                      dan mula diperkenalkan pada tahun
                                                      2015.

                                                      Antara     tujuan    pelaksanaan
                                                      sambutan Hari Sukan Negara adalah
                                                      untuk menggalakkan seluruh rakyat
                                                      Malaysia  mengamalkan  gaya  hidup


                                                            MALAYSIA 315
                                                                         2017
   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320