Page 41 - malaysia_2017
P. 41

TRANSFORMASI 2050 (TN50)                                                  PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA



              Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah satu inisiatif untuk membentuk Malaysia
              menjadi sebuah  negara yang memenuhi aspirasi penduduknya.  TN50 meliputi
              tempoh 30 tahun dari 2020 hingga 2050. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah
              diberikan tanggungjawab menerajui Fasa Persediaan Dalam Penyediaan Dokumen
              TN50.  Dalam  fasa ini KBS akan mengumpul  seberapa banyak pandangan  dan
              aspirasi generasi muda Malaysia yang kemudiannya akan dianalisa dan dibanding
              dengan  perspektif  luaran untuk Penyediaan  Dokumen  Akhir  TN50  menjelang
              akhir 2019 / awal 2020.
              YAB Perdana Menteri telah melancarkan TN50 pada 19 Januari 2017 di Universiti
              Malaya, Kuala Lumpur dengan mengadakan Dialog Perdana TN50 bersama generasi
              muda Malaysia.  Dalam usaha mengumpul aspirasi, KBS telah memperkenalkan
              pelbagai cara bagi melibatkan generasi muda  dengan TN50 antaranya melalui Siri
              Dialog  dan Tinjauan (Townhall TN50, Jelajah TN50, TN50x dan Kumpulan Masa
              Depan TN50) dan Siri Ekspresi (Pembangunan  Aplikasi TN50, Photo – Curating
              Instagram TN50, Pertandingan Video TN50, Pertandingan Esei dan E-engagement
              melalui portal, media sosial).

              Dalam tempoh 90 hari pelaksanaanya, pada 21 April 2017, YB Brig. Jen. Khairy
              Jamaluddin  mengumumkan  KBS  telah  berjaya mengumpul  sebanyak  26,000
              aspirasi dari generasi muda Malaysia melalui Siri Dialog dan Tinjauan yang
              diadakan di negeri Sabah, Terengganu, Johor Perak, Kedah dan Sarawak.


















                                                            MALAYSIA 41
                                                                         2017
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46