Page 292 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 292

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  146c—(samb.)

                            (2)  Dalam  Perkara  142,  perenggan  (b)  Fasal  (4)  dan,  dalam  Perkara  143,  Fasal  (2)
                         hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan anggota-anggota sesuatu cawangan Suruhanjaya
                         Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan  atau  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  yang
                         ditubuhkan di bawah Perkara 146a atau 146b seolah-olah sebutan mengenai undang-undang
                         persekutuan  termasuk sebutan mengenai undang-undang  Negeri.
                            (3)  Fasal  (8)  Perkara  144  hendaklah  terpakai  bagi  sesuatu  cawangan  Suruhanjaya
                         Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan  atau  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  yang
                         ditubuhkan  di  bawah  Perkara  146a  atau  146b  seolah-olah  cawangan  itu  ialah  suatu
                         Suruhanjaya yang berasingan yang Bahagian ini terpakai baginya; tetapi tiada apa-apa jua
                         dalam Perkara itu boleh dikira sebagai menghendaki cawangan itu membuat suatu laporan
                         tahunan yang berasingan  di bawah  Perkara 146.”.
                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan  “atau  Singapura”  dipotong  dan  perkataan  “dua  atau  lebih  daripada  Negeri
                           tersebut”  digantikan  dengan  “Negeri-Negeri  Borneo”  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,
                           berkuat  kuasa  dari  09-08-1965.
                         b.  Perkataan “Suruhanjaya” dalam nota bahu digantikan dengan “Suruhanjaya Perkhidmatan
                           Awam”,  perkataan  “Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan  atau”
                           selepas  perkataan  “bidang  kuasa  mengenai  perkhidmatan  itu  kepada”  dipotong
                           dan  perkataan  “146a  atau”  selepas  perkataan  “Perkara”  dipotong,  oleh  Akta  A354,
                           seksyen 37,  berkuat kuasa dari  27-08-1976.
                         c.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                         d.  Perkataan “negeri-negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri-negeri Sabah dan
                           Sarawak” oleh Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (2)
                       Perkataan  “Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan  atau”  selepas  perkataan
                       “anggota-anggota  sesuatu  cawangan”  dipotong  dan  perkataan  “146a  atau”  selepas  perkataan
                       “Perkara “ dipotong  oleh Akta A354,  perenggan 37(c), berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (3)
                       Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau” selepas perkataan “bagi
                       sesuatu cawangan” dipotong dan perkataan “146a atau” selepas perkataan “yang ditubuhkan di
                       bawah  Perkara”  dipotong oleh Akta A354, perenggan 37(c), berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                       2.  Perkara  ini dimansuhkan oleh Akta A514,  seksyen  13, berkuat  kuasa dari 15-05-1981.
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297