Page 294 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 294

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  146d
                       Perkara  ini ditambahkan  oleh Akta  26/1963, seksyen 57,  berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan “(1)” di permulaan Fasal dipotong dan perkataan “(kecuali mengenai penjalanan
                           kawalan  tatatertib  ke  atas  mereka)”  selepas  perkataan  “Suruhanjaya  Pasukan  Polis
                           hendaklah  meliputi”  dipotong  dan  perkataaan  “(kecuali  mengenai  penjalanan  kawalan
                           tatatertib ke atas mereka)” selepas “Suruhanjaya Pasukan Polis anggota itu hendaklah
                           disifatkan”  dipotong  oleh  Akta  A354,  perenggan  38(a)  dan  (b),  berkuat  kuasa  dari
                           27-08-1976.
                         b.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (2) & (3)
                       Fasal-fasal  ini  yang  dimansuhkan  oleh  Akta  A354,  perenggan  38(c),  berkuat  kuasa  dari
                       27-08-1976,  berbunyi seperti  yang  berikut:
                            “(2)  jika  di  sesuatu  Negeri  Borneo  tidak  terdapat  suatu  lembaga  yang  menjalankan
                         kawalan  tatatertib  ke  atas  orang  tersebut  dan  yang  mempunyai  keanggotaan  yang  terdiri
                         daripada yang  berikut,  iaitu:
                              (a)  Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  Negeri  di Negeri itu; dan
                              (b)  penasihat  undang-undang Negeri itu;  dan
                              (c)  pegawai kanan polis Negeri itu;  dan
                              (d)  seorang wakil pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis;
                         maka Fasal (1) hendaklah terpakai seolah-olah Fasal itu tidak membuat apa-apa kecualian
                         bagi  penjalanan  kawalan  tatatertib.
                            (3)  Beberapa  peruntukan  yang  diperuntukkan  dalam  Fasal  (2)  Perkara  139  bagi
                         memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi anggota-anggota
                         perkhidmatan awam sesuatu Negeri dalam hal-hal keadaan yang tertentu tidaklah terpakai
                         bagi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada
                         pasukan polis.”.
                    per.  147

                       lihat Per.  132(4) &  180(2).
                       Fasal  (2): lihat Per.  180(3).
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299