Page 337 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 337
[Perkara 161b] Perlembagaan Persekutuan 178
sekatan ke atas perluasan kepada bukan pemastautin hak
untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam
negeri sabah dan sarawak
161b. (1) Setakat yang mana-mana peruntukan yang dibuat
melalui atau di bawah sesuatu Akta Parlimen memberikan hak,
dengan menghapuskan atau mengubah kelayakan kemastautinan,
untuk menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri
Sabah dan Sarawak atau di dalam mana-mana satu Negeri itu
kepada orang yang dahulunya tidak mempunyai hak itu, maka
peruntukan itu tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga diterima
pakai di dalam Negeri-Negeri itu atau Negeri yang berkenaan itu
melalui suatu enakmen badan perundangannya.
(2) Perkara ini hendaklah terpakai bagi hak untuk menjalankan
amalan di hadapan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah
rayuan apabila bersidang di Negeri Sabah dan Sarawak dan
melayani prosiding atas rayuan daripada Mahkamah Tinggi di
Sabah dan Sarawak atau seseorang hakimnya atau prosiding di
bawah Fasal (2) Perkara 128 bagi memutuskan sesuatu soal yang
telah berbangkit dalam prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi
di Sabah dan Sarawak atau sesuatu mahkamah rendah di Negeri
Sabah atau Sarawak.
161c. (Dimansuhkan).
161d. (Dimansuhkan).
perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai
negeri sabah dan sarawak
161e. (1) Mulai dari lulusnya Akta Malaysia, tiada pindaan
kepada Perlembagaan ini yang dibuat berkaitan dengan penerimaan
masuk Negeri Sabah atau Sarawak ke dalam Persekutuan boleh
dikecualikan daripada Fasal (3) Perkara 159 disebabkan perenggan
(bb) Fasal (4) Perkara itu; dan juga tiada apa-apa ubah suaian
yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan ini bagi Negeri
Sabah atau Sarawak boleh dikecualikan sedemikian melainkan jika
ubah suaian itu ialah ubah suaian yang akan menyamakan atau
mengasimilasikan kedudukan Negeri itu di bawah Perlembagaan
ini dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu.

