Page 339 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 339

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN

              per.  161d—(samb.)
                 2.  Perkara ini dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 46, berkuat kuasa dari 27-08-1976 dan
                 berbunyi seperti  yang berikut:
                   “161D.  Walau  apa  pun  Fasal  (4)  Perkara  11,  peruntukan  bolehlah  dimasukkan  ke  dalam
                   Perlembagaan  sesuatu  Negeri  Borneo  yang  menyatakan  bahawa  sesuatu  enakmen  Badan
                   Perundangan  Negeri  bagi  mengawal  atau  menyekat  penyebaran  mana-mana  doktrin  atau
                   kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama islam tidaklah boleh diluluskan
                   melainkan  jika  dipersetujui  di  dalam  Dewan  Perundangan  pada  bacaan  kali  kedua  atau
                   ketiga atau pada kedua-dua bacaan dengan bilangan majoriti tertentu, yang bukannya suatu
                   majoriti yang melebihi dua pertiga  daripada jumlah bilangan  ahli  Dewan.”.
              per.  161e
                 1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 66, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                 2.  lihat Per.  159(1), (4)(bb) &  159a.
                 3.  Dalam  nota  bahu  dan  Fasal  (1),  perkataan  “Negeri-Negeri  Borneo”  digantikan  dengan
                 “Negeri Sabah dan Sarawak” dan perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri
                 Sabah atau  Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                 Fasal  (2)
                   a.  Perkataan  “gabenor”  digantikan  dengan  “Yang  di-Pertua  Negeri”  oleh  Akta  A354,
                      seksyen 42,  berkuat kuasa dari  27-08-1976.
                   b.  Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                      Akta A354, seksyen 43, berkuat  kuasa  dari 27-08-1976.
                 Fasal  (2)(b)
                 Perkataan  “Borneo”  digantikan  dengan  “Sabah  dan  Sarawak”  oleh  Akta  A885,  seksyen  41,
                 berkuat  kuasa  dari  24-06-1994.
                 Fasal  (3)  &  (4)
                 Perkataan  “sesuatu  negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  atau  Sarawak”  oleh
                 Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344