Page 340 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 340

179                 Perlembagaan Persekutuan          [Perkara  161e]

                      (2)  Tiada  pindaan  boleh  dibuat  kepada  Perlembagaan  ini
                    tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sabah atau
                    Sarawak atau tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak
                    yang berkenaan itu, jika pindaan itu ialah yang akan menyentuh
                    penjalanan  kuat  kuasa  Perlembagaan  ini  berkenaan  dengan
                    mana-mana perkara yang berikut:

                          (a)  hak orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi
                              warganegara  oleh  sebab  perhubungan  mereka  dengan
                              Negeri  itu,  dan  (kecuali  setakat  yang  peruntukan  yang
                              berlainan  dibuat  oleh  Perlembagaan  ini  sebagaimana
                              yang  berkuat  kuasa  pada  Hari  Malaysia)  layanan  sama
                              rata, berkenaan dengan kewarganegaraan mereka sendiri
                              dengan  kewarganegaraan  orang  lain,  bagi  orang  yang
                              lahir  atau  bermastautin  di  Negeri  itu  dan  bagi  orang
                              yang  lahir  atau  bermastautin  di  Negeri-Negeri  Tanah
                              Melayu;

                          (b)  keanggotaan  dan  bidang  kuasa  Mahkamah  Tinggi
                              di  Sabah  dan  Sarawak  dan  pelantikan,  pemecatan  dan
                              penggantungan  hakim-hakim mahkamah itu;

                          (c)  perkara  yang  mengenainya  Badan  Perundangan  Negeri
                              boleh  (atau  Parlimen  tidak  boleh)  membuat  undang-
                              undang,  dan  kuasa  eksekutif  Negeri  itu  dalam  perkara
                              itu, dan (setakat yang berhubungan dengan perkara itu)
                              perkiraan  kewangan  antara  Persekutuan  dengan  Negeri
                              itu;

                          (d)  agama di dalam Negeri itu, penggunaan apa-apa bahasa
                              di dalam Negeri itu atau di dalam Parlimen dan layanan
                              istimewa  bagi anak  negeri  Negeri  itu;

                          (e)  penguntukan bagi Negeri itu, di dalam mana-mana Parlimen
                              yang dipanggil bermesyuarat sebelum akhir bulan Ogos
                              1970,  suatu  kuota  ahli-ahli  Dewan  rakyat  yang  tidak
                              kurang, mengikut perkadaran jumlah yang diuntukkan bagi
                              Negeri-Negeri  lain  yang  menjadi  anggota  Persekutuan
                              pada  Hari  Malaysia,  daripada  kuota  yang  diuntukkan
                              bagi Negeri itu  pada  Hari  Malaysia.

                      (3)  Tiada  pindaan  kepada  Perlembagaan  ini  yang  menyentuh
                    penjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota ahli Dewan rakyat
                    yang  diuntukkan  bagi  Negeri  Sabah  atau  Sarawak  boleh  dikira
                    bagi maksud Fasal (1) sebagai menyamakan atau mengasimilasikan
                    kedudukan  Negeri  itu  dengan  kedudukan  Negeri-Negeri  Tanah
                    Melayu.
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345