Page 39 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 39
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 14—(samb.)
(4) Bagi maksud perenggan (c) Fasal (2), seseorang hendaklah dikira telah bermastautin
secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi hanya jika, dia ketika itu
bermastautin di Persekutuan dan sama ada—
(a) dia ketika itu mendapat kebenaran, yang diberikan tanpa had masa di bawah mana-
mana undang-undang persekutuan, untuk bermastautin di Persekutuan; atau
(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia akan dikira bagi maksud
perenggan (c) tersebut sebagai seorang pemastautin tetap di Persekutuan.
(5) Suatu perakuan Kerajaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang itu
disingkirkan atau telah disingkirkan daripada pemakaian perenggan (c) Fasal (2) oleh
perenggan (ii) dalam proviso kepada Fasal itu hendaklah menjadi keterangan muktamad
akan perkara yang diperakukan itu.”.
per. 15
1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 25, berkuat kuasa dari
16-09-1963. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, memindanya—
a. dengan memansuhkan Fasal (6) yang berbunyi seperti yang berikut:
“(6) Dalam Fasal (1) perkataan “di luar Singapura” tidaklah mempunyai kuat
kuasa dalam hal seseorang perempuan yang suaminya ialah seorang warganegara
melalui penaturalisasian di bawah Fasal (2) Perkara 19.”;
b. dengan memotong sebutan mengenai Singapura dan warganegara Singapura dalam
Fasal (1) hingga (5).
Fasal (1)
lihat Per. 24(4), 26(2), 28(1)(b) & 28a(3).
Fasal (3)
lihat jadual Kedua, Bahagian iii, seksyen 18.
2. Perkara asal seperti yang terdapat pada Hari Merdeka berbunyi seperti yang berikut:
“15. (1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada pihak berkuasa
pendaftaran oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara,
maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai seorang warganegara.
(2) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada pihak berkuasa
pendaftaran oleh ibu atau bapa ataupun penjaga seseorang yang di bawah umur dua puluh
satu tahun yang bapanya ialah seorang warganegara atau, jika telah mati, ialah seorang
warganegara pada masa kematiannya maka orang itu berhak didaftarkan sebagai seorang
warganegara jika pihak berkuasa itu berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin
di Persekutuan dan berkelakuan baik.
(3) Sebutan dalam Perkara ini mengenai perempuan bersuami ialah sebutan mengenai
perempuan yang perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan termasuk mana-mana undang-undang sedemikian
itu yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka.”.
3. Fasal (1) dan (2) dipinda oleh Akta 10/1960, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-12-1960,
dengan menggantikan “pihak berkuasa pendaftaran” dan “pihak berkuasa itu” masing-masing
dengan “Kerajaan Persekutuan”. Kedua-dua Fasal ini sebagaimana yang digantikan oleh Akta
14/1962, seksyen 3, berkuat kuasa dari 01-10-1962, berbunyi seperti yang berikut:
“15. (1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan
Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara
maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai seorang warganegara jika dia memuaskan
hati Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan terus-menerus selama tempoh
tidak kurang daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu;
(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(c) bahawa dia berkelakuan baik.

