Page 40 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 40
29 Perlembagaan Persekutuan [Perkara 15]
kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak
warganegara)
15. (1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan
dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan
bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan
itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan
itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada
permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati
Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang
tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan
berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
(b) bahawa dia berkelakuan baik.
(2) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga
mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun,
maka Kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan orang itu
didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah
seorang daripada ibu bapanya adalah sekarang (atau pada masa
kematiannya) seorang warganegara.
(3) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat
kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga
seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka orang
itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia dilahirkan
sebelum permulaan bulan Oktober 1962 dan bapanya adalah
sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara
dan juga seorang warganegara pada permulaan bulan itu (jika
hidup pada masa itu), dan jika Kerajaan Persekutuan berpuas
hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di Persekutuan dan
berkelakuan baik.
(4) Bagi maksud Fasal (1), kemastautinan sebelum Hari Malaysia
di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan
Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(5) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai perempuan bersuami
ialah sebutan mengenai perempuan yang perkahwinannya telah
didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang
berkuat kuasa di Persekutuan, termasuklah mana-mana undang-

