Page 42 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 42

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  15 —(samb.)

                           (2)  Tertakluk  kepada  Perkara  18,  Kerajaan  Persekutuan  boleh  menyebabkan  supaya
                           mana-mana  orang  yang  di  bawah  umur  dua  puluh  satu  tahun,  yang  ialah  anak  mana-
                           mana warganegara, didaftarkan sebagai warganegara, apabila permohonan dibuat kepada
                           Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau  bapa ataupun penjaganya.”.
                       Fasal  (4) & (5)
                       Perkataan  “Negeri-Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  dan  Sarawak”  oleh
                       Akta A514, seksyen 19, berkuat  kuasa  dari 27-08-1976.
                    per.  15a
                       Ditambahkan oleh Akta 14/1962, seksyen 4, berkuat kuasa dari 01-10-1962.

                    per.  16
                       1.  Akta  10/1960,  perenggan  2(a)  dan  (b),  berkuat  kuasa  dari  01-12-1960,  menggantikan
                       perkataan  “pihak  berkuasa  pendaftaran”  dan  “pihak  berkuasa  itu”  masing-masing  dengan
                       “Kerajaan  Persekutuan”.
                       2.  Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963, memotong perkataan “kecuali jika
                       permohonan dibuat dalam masa satu tahun selepas Hari Merdeka” yang terdapat di permulaan
                       perenggan (d).
                       3.  Akta 26/1963, subseksyen  29(1), berkuat kuasa dari 16-09-1963—
                          a.  memasukkan perkataan “di luar Singapura” selepas “Persekutuan” dalam perenggan (a).
                             Perkataan ini dimansuhkan kemudiannya oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa
                             dari 09-08-1965; dan
                          b.  menggantikan  perkataan  “hendak  bermastautin  secara  tetap  di  Persekutuan”  dalam
                             perenggan (b) dengan  “hendak  berbuat demikian secara  tetap”.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47