Page 41 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 41

[Perkara  15]       Perlembagaan  Persekutuan                    30

              undang  sedemikian  yang  berkuat  kuasa  sebelum  Hari  Merdeka,
              atau  mengikut  mana-mana  undang-undang  bertulis  yang  berkuat
              kuasa sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk
              di dalam Negeri  Sabah  dan Sarawak:

                Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai jika perempuan
              itu  memohon  supaya  didaftarkan  sebagai  warganegara  sebelum
              permulaan bulan September 1965, atau apa-apa tarikh kemudiannya
              sebagaimana  yang  ditetapkan  melalui  perintah  oleh  Yang  di-
              Pertuan Agong, dan jika pada tarikh permohonan itu dia biasanya
              bermastautin di  Negeri Sabah  dan  Sarawak.

                (6)  (Dimansuhkan).



              kuasa khas  untuk  mendaftarkan  kanak-kanak

              15a.  Tertakluk kepada Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh,
              dalam  apa-apa  hal  keadaan  khas  yang  difikirkannya  patut,
              menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh
              satu tahun  didaftarkan  sebagai  warganegara.



              kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan
              di persekutuan  sebelum  Hari merdeka)

              16.  Tertakluk  kepada  Perkara  18,  apabila  permohonan  dibuat
              kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur
              lapan belas tahun atau lebih dan yang dilahirkan di Persekutuan
              sebelum Hari Merdeka, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai
              warganegara  jika  dia  memuaskan hati  Kerajaan  Persekutuan—

                    (a)  bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa
                        tujuh tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama
                        tempoh  yang  pada  agregatnya  berjumlah  tidak  kurang
                        daripada lima  tahun;

                    (b)  bahawa  dia  berniat  hendak  berbuat  demikian  secara
                        tetap;

                    (c)  bahawa dia berkelakuan baik; dan

                    (d)  bahawa  dia  mempunyai  pengetahuan  asas  bahasa
                        Melayu.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46