Page 44 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 44

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  16a
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 26, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       2.  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965,  memotong  perkataan  “di  luar
                       Singapura”  yang terdapat  dalam perenggan (a) dan (b) selepas “Persekutuan”.
                       3.  Perkataan  “Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  atau  Sarawak”  oleh
                       Akta A514, seksyen 19, berkuat  kuasa  dari 27-08-1976.
                       4.  lihat Per.  25(1), (1a),  (2) & 28a(4).
                    per.  17

                       1.  Perkataan “pihak berkuasa pendaftaran” dan “pihak berkuasa itu” masing-masing digantikan
                       dengan  “Kerajaan  Persekutuan”  oleh  Akta  10/1960,  perenggan  2(a)  dan  (b),  berkuat  kuasa
                       dari  01-12-1960.
                       2.  Perkara  ini  dimansuhkan  oleh Akta  14/1962,  seksyen  5,  berkuat  kuasa  dari  01-07-1963,
                       pemansuhan  itu  hendaklah  tanpa  menyentuh  kuat  kuasa  Perkara  itu  mengenai  mana-mana
                       permohonan  untuk  pendaftaran  di  bawahnya  yang  dibuat  sebelum  permulaan  kuat  kuasa
                       seksyen 5 tersebut.  Perkara ini  berbunyi  seperti yang berikut:
                         “17.  Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan
                         oleh  mana-mana  orang  yang  berumur  lapan  belas  tahun  atau  lebih  yang  bermastautin  di
                         Persekutuan pada Hari Merdeka maka orang itu layak tertakluk kepada peruntukan jadual
                         Kedua  didaftarkan  sebagai  warganegara  jika  dia  memuaskan  hati  Kerajaan
                         Persekutuan—
                             (a)  bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa dua belas tahun sebaik
                                sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah
                                tidak kurang daripada lapan tahun;
                             (b)  bahawa dia berniat hendak  bermastautin secara tetap  di Persekutuan;
                             (c)  bahawa dia berkelakuan baik; dan
                             (d)  kecuali  jika  permohonan  dibuat  dalam  masa  satu  tahun  selepas  Hari  Merdeka
                                dan  pemohon  itu  telah  mencapai  umur  empat  puluh  lima  tahun  pada  tarikh
                                permohonan  bahawa dia mempunyai pengetahuan  asas bahasa Melayu.”.
                       3.  Sebutan  mengenai  Perkara  termansuh  ini  terdapat  dalam  Per.  25(1),  (1a),  (2),  28(1)(a),
                       28a(4), 43(7) dan dalam jadual Kelapan subseksyen 2(3) dan 20(3), oleh itu sebutan mengenai
                       Perkara  17  dikekalkan  dalam Pelembagaan  Persekutuan.
                    per.  18

                       1.  Perkataan “Perlembagaan ini” yang terdapat dalam Fasal (1), di hujung Fasal (2) dan dalam
                       Fasal  (3)  dimasukkan  oleh Akta  26/1963,  subseksyen  29(2),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963,
                       dan menggantikan sebutan mengenai Perkara 15 dan 16. Akta itu juga memasukkan perkataan
                       “atau Perlembagaan Negeri Singapura” selepas perkataan “dilucutkan kewarganegaraannya di
                       bawah  Perlembagaan  ini”  dalam  Fasal  (2)  tetapi  perkataan  ini  dipotong  oleh Akta  59/1966,
                       seksyen 2, berkuat  kuasa dari 09-08-1965.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49