Page 442 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 442

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    Jadual kesepuluh—(samb.)
                         Seksyen 3
                           1.  Perkataan “Persekutuan” digantikan dengan “Negeri-Negeri Tanah Melayu” oleh Akta
                              26/1963, perenggan 51(b),  berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                           2.  lihat subseksyen  6(2).
                           3.  Seksyen ini digantikan oleh Akta A514, perenggan 18(c), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
                               Seksyen  yang dahulu berbunyi seperti  yang berikut:
                                 “3.  Bagi maksud seksyen 2, perbatuan jalan-jalan Negeri di dalam sesuatu Negeri,
                              ialah  perbatuan  jalan-jalan  Negeri  itu  yang  ada  pada  tiga  puluh  satu  hari  bulan
                              Disember dalam tahun asas, dan purata yang disebut dalam perenggan (a) seksyen
                              itu hendaklah dikira sebagai purata di seluruh Negeri-Negeri Melayu dalam tahun
                              asas itu.”.
                          Seksyen 4
                           1.  Seksyen yang ada sekarang digantikan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari
                              01-01-1963 dan menggantikan seksyen yang asal yang berbunyi seperti yang berikut:
                                “4.  Sesuatu batang jalan Negeri layak mendapat pemberian, jika jalan itu sebenarnya
                              disenggarakan oleh jabatan Kerja raya Negeri itu mengikut standard minimum atau
                              standard  yang  lebih  tinggi  yang  disebut  dalam  seksyen  2(a);  melainkan  bahawa
                              mana-mana jalan yang tidak mendapat pemberian dalam tahun kewangan terdahulu
                              layak mendapat pemberian hanya jika Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa jalan
                              itu layak  mendapatnya.”.
                           2.  lihat subseksyen  6(2)
                           3.  Perkataan “melainkan bahawa mana-mana batang jalan yang tidak layak mendapat
                              pemberian dalam tahun kewangan terdahulu layak mendapat pemberian hanya jika
                              Kerajaan  Persekutuan  bersetuju  bahawa  jalan  layak  mendapatnya”  yang  terdapat
                              selepas  perkataan  “layak  mendapat  pemberian”  dalam  seksyen  yang  ada  sekarang
                              dipotong oleh Akta A514, perenggan 18(a), berkuat  kuasa dari 15-05-1981.
                         Seksyen 5
                           1.  Perkataan  “jalan  lain,  selain  jalan  persekutuan”  digantikan  dengan  “jalan  awam,
                              selain  jalan  persekutuan,  dan  mana-mana  jalan  lain,  selain  jalan  persekutuan  yang
                              boleh dilalui oleh orang ramai” oleh Akta 14/1962, seksyen 29, berkuat kuasa dari
                              21-06-1962.
                           2.  lihat subseksyen  6(2).
                           3.  Seksyen  ini  digantikan  oleh  Akta  A514,  perenggan  18(e),  berkuat  kuasa  dari
                              15-05-1981.  Seksyen yang  dahulu  berbunyi seperti yang berikut:
                               “5.  Dalam Bahagian  ini dalam jadual  ini—
                                  (a)  “jalan Negeri” ertinya mana-mana jalan awam, selain jalan persekutuan,
                                     dan  mana-mana  jalan  lain,  selain  jalan  persekutuan  yang  boleh  dilalui
                                     oleh  orang  ramai;
                                  (b)  “tahun asas” ertinya tahun kewangan yang bermula dua tahun terdahulu
                                     daripada tahun kewangan  yang mengenainya  pemberian itu diberi.”.
                         Seksyen 6
                           Ditambahkan  oleh  Akta  26/1963,  subseksyen  45(2),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.
                             Subseksyen  (2)(a)
                              Digantikan oleh Akta A514, perenggan 18(f), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Subseksyen
                              yang dahulu  berbunyi seperti  yang berikut:
                               “(a)  kos purata dan standard minimum yang disebut dalam seksyen 2(a) masing-
                                   masingnya ialah purata di Negeri itu dan standard minimum yang ditentukan
                                   bagi  jalan-jalan Negeri di dalam Negeri itu;”.
                       Bahagian III
                            lihat Per.  110.
                            Butiran 1, 3, 4,  5,  6, 7, 8, 12  &  14: lihat Per. 110(2).
   437   438   439   440   441   442   443   444   445   446   447