Page 55 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 55

[Perkara  25]       Perlembagaan  Persekutuan                    37

                (2)  Kerajaan  Persekutuan  boleh  melalui  perintah  melucutkan
              kewarganegaraan  mana-mana  orang  yang  menjadi  warganegara
              melalui  pendaftaran  di  bawah  Perkara  16a  atau  17*  atau  yang
              menjadi  warganegara  melalui  penaturalisasian  jika  berpuas  hati
              bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar
              Persekutuan  bagi  tempoh  terus-menerus  selama  lima  tahun  dan
              dalam tempoh  itu orang itu—

                    (a)  tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan
                        Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi
                        antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan;
                        dan juga
                    (b)  tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan
                        niatnya  hendak  mengekalkan  kewarganegaraannya:

                Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa
              tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum
              permulaan bulan januari 1977.

                (3)  (Dimansuhkan).



              peruntukan  lain  bagi  melucutkan  kewarganegaraan  melalui
              pendaftaran  atau  penaturalisasian

              26.  (1)  Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
              kewarganegaraan mana-mana warganegara yang menjadi warganegara
              melalui  pendaftaran  atau  melalui  penaturalisasian  jika  berpuas
              hati bahawa pendaftaran atau perakuan  naturalisasi  itu—

                    (a)  telah didapati dengan cara fraud, representasi palsu atau
                        penyembunyian apa-apa fakta  material;  atau

                    (b)  telah  dibuat  atau diberikan  dengan silap.

                (2)  Kerajaan  Persekutuan  boleh  melalui  perintah  melucutkan
              kewarganegaraan mana-mana perempuan yang menjadi warganegara
              melalui  pendaftaran  di  bawah  Fasal  (1)  Perkara  15  jika  berpuas
              hati bahawa perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu
              didaftarkan telah dibubarkan, melainkan disebabkan oleh kematian,
              dalam tempoh  dua  tahun mulai dari  tarikh  perkahwinan itu.

                (3)  (Dimansuhkan).

                (4)  (Dimansuhkan).

              *CaTaTaN—Perkara  ini  telah  dimansuhkan  oleh  Akta  Perlembagaan  (Pindaan)  1962  [akta
              14/1962]  mula  berkuat  kuasa  pada  1  julai  1963—lihat  L.N.  105/1963.  lihat  juga  catatan  pada
              Perkara  17.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60