Page 51 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 51

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN
              per.  22
                 Perkataan “selepas Hari Malaysia” dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 34, berkuat kuasa
                 dari  16-09-1963.
              per.  23
                 Fasal  (1)
                   a.  Perkataan “pihak berkuasa pendaftaran” digantikan dengan “Kerajaan Persekutuan” oleh
                      Akta  10/1960, perenggan  2(a),  berkuat  kuasa dari 01-12-1960.
                   b.  Perkataan “atau yang hampir menjadi” dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 8, berkuat
                      kuasa  dari 31-08-1957.
                 Fasal  (2)
                 Akta 10/1960, perenggan 2(c), berkuat kuasa dari 01-12-1960, memotong perkataan “, tetapi
                 kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mendaftarkan
                 apa-apa akuan  yang dibuat  dengan sewajarnya di  bawahnya” yang terdapat di hujung Fasal.
              per.  24
                 Akta  26/1963,  subseksyen  33(1),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963,  meninggalkan  perkataan
                 “pada bila-bila masa selepas Hari Merdeka” yang terdapat selepas “mana-mana warganegara
                 telah”  dalam  Fasal (1)  dan  (2).
                 Fasal  (1): lihat Per.  26a &  28(3).
                 Fasal  (2)
                   a.  Perkataan “negara asing” digantikan dengan “mana-mana negara di luar Persekutuan”
                      oleh Akta A354,  perenggan 7(a),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                   b.  lihat  Per.  27(1), 28(3)  & 28a(2).

                 Fasal  (3)
                 Perkataan  “negara  Komanwel”  digantikan  dengan  “bahagian  Komanwel  itu”  dan  perkataan
                 “negara  itu”  digantikan  dengan  “bahagian  Komanwel  itu”  oleh  Akta  14/1962,  subseksyen
                 9(2), berkuat kuasa dari 01-10-1962. Fasal ini dimansuhkan oleh Akta A354, perenggan 7(b),
                 berkuat  kuasa  dari  27-08-1976 yang berbunyi seperti yang berikut:
                     “(3)  jika  ada  peruntukan  yang  berkuat  kuasa  di  bawah  undang-undang  mana-mana
                  bahagian  Komanwel  yang  memberi  warganegara  di  dalam  bahagian  Komanwel  itu  hak
                  yang  tidak  terdapat  bagi  warganegara  Komanwel  lain,  maka  Fasal  (2)  hendaklah  terpakai,
                  berhubung  dengan  hak  itu,  seolah-olah  bahagian  Komanwel  itu  ialah  suatu  negara  asing.”.
                 Fasal  (3a)
                 Dimasukkan oleh Akta 14/1962, subseksyen 9(3), berkuat kuasa dari 01-10-1962, dan dipinda
                 oleh Akta A354, perenggan 7(c), berkuat kuasa dari 27-08-1976 dengan memotong perkataan
                 “dan Fasal itu sebagaimana yang terpakai menurut Fasal (3),” dan memotong “dan Fasal itu
                 sebagaimana yang terpakai seperti yang disebut terdahulu” yang terdapat selepas perkataan “maksud
                 Fasal (2),”.

                 Fasal  (4):  lihat Per.  28a(3).
              per.  25
                 lihat  Per.  26b(2), 27(1),  28(2), 28a(2), (4),  (5) & (6).
                 Fasal  (1)
                   a.  Akta  14/1962,  seksyen  32,  berkuat  kuasa  dari  01-10-1962,  meninggalkan  perkataan
                      “Tertakluk kepada Fasal (3)” yang  terdapat  di permulaan.
                   b.  Akta  26/1963,  perenggan  33(2)(a),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963,  menggantikan
                      perkataan  “Perkara 17” dengan “Perkara  16a atau  17”.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56