Page 57 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 57

[Perkara  26a]      Perlembagaan  Persekutuan                    38

              pelucutan  kewarganegaraan  anak  orang  yang  hilang
              kewarganegaraannya

              26a.  jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau
              telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara
              24  atau  perenggan  (a)  Fasal  (1)  Perkara  26,  maka  Kerajaan
              Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan
              mana-mana  anak  orang  itu  yang  di  bawah  umur  dua  puluh  satu
              tahun  yang  telah  didaftarkan  sebagai  warganegara  menurut
              Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak
              orang itu atau  anak  isteri atau anak  suami orang  itu.



              peruntukan  am  tentang  kehilangan  kewarganegaraan

              26b.  (1)  Pelepasan  atau  pelucutan  kewarganegaraan  tidaklah
              melepaskan  seseorang  daripada  liabiliti  berkenaan  dengan  apa-
              apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum dia terhenti
              menjadi  warganegara.


                (2)  Tiada  seorang  pun  boleh  dilucutkan  kewarganegaraan  di
              bawah Perkara 25, 26 atau 26a melainkan jika Kerajaan Persekutuan
              berpuas hati bahawa tidak berfaedah bagi kebaikan awam untuk
              dia  terus  menjadi  warganegara;  dan  tiada  seorang  pun  boleh
              dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, perenggan (b)
              Fasal (1) Perkara 26, atau Perkara 26a jika Kerajaan Persekutuan
              berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan
              menjadi  warganegara  mana-mana negara.


              tatacara  bagi pelucutan


              27.  (1)  Sebelum  membuat  sesuatu  perintah  di  bawah  Perkara
              24,  25  atau  26,  Kerajaan  Persekutuan  hendaklah  memberikan
              notis secara bertulis kepada orang yang terhadapnya perintah itu
              dicadangkan hendak dibuat memberitahu orang itu tentang alasan
              perintah itu dicadangkan hendak dibuat dan tentang haknya untuk
              merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa siasatan di bawah
              Perkara ini.

                (2)  jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu diberikan
              memohon supaya kes itu dirujukkan seperti yang disebut terdahulu,
              maka  Kerajaan  Persekutuan  hendaklah,  dan  dalam  apa-apa  kes
              lain Kerajaan Persekutuan boleh, merujukkan kes itu kepada suatu
              jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada seorang pengerusi (iaitu
              seorang yang mempunyai pengalaman kehakiman) dan dua orang
              anggota lain yang dilantik oleh Kerajaan itu bagi maksud itu.
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62