Page 56 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 56

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  25—(samb.)

                       Fasal  (2)
                         a.  Akta 14/1962, subseksyen 10(3) dan seksyen 32, berkuat kuasa dari 01-10-1962, dengan
                           menggantikan perkataan “tujuh tahun” dengan “lima tahun (sama ada bermula sebelum,
                           pada  atau  selepas  Hari  Merdeka)”  dan  memotong  perkataan  “Tertakluk  kepada  Fasal
                           (3)”,  yang  terdapat di permulaan.
                         b.  Akta  26/1963,  subseksyen  33(1)  dan  perenggan  33(2)(a)  dan  (c),  berkuat  kuasa  dari
                           16-09-1963,  memotong  perkataan  “(sama  ada  bermula  sebelum,  pada  atau  selepas
                           hari  Merdeka)”  yang  dimasukkan  oleh  Akta  14/1962,  menggantikan  perkataan
                           “Perkara  17”  dengan  “Perkara  16a  atau  17”,  dan  menggantikan  perkataan  “Konsulat
                           Malaya”  dengan “konsulat  Persekutuan” di perenggan (b).
                         c.  Perkataan “negeri-negeri asing” digantikan dengan “negeri-negeri di luar Persekutuan”
                           oleh Akta A354,  perenggan  8(c),  berkuat  kuasa  dari  27-08-1976.  Suatu  proviso  baru
                           kepada  Fasal  (2)  ditambahkan  oleh  Akta  A354,  perenggan  8(d),  berkuat  kuasa  dari
                           27-08-1976.
                         d.  Perenggan (c): lihat jadual Kedua, Bahagian iii, subseksyen  4(1).
                         e.  lihat Per.  28(3).
                       Fasal  (3)
                       Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  14/1962,  seksyen  32,  berkuat  kuasa  dari  01-10-1962  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                            “(3)  Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara ini melainkan
                          jika  Kerajaan  Persekutuan  berpuas  hati  bahawa  tidak  berfaedah  kepada  kebaikan  awam
                          untuk  orang  itu  terus  menjadi  warganegara;  dan  tiada  seorang  pun  boleh  dilucutkan
                          kewarganegaraan  di  bawah  Fasal  (1)  jika,  akibat  daripada  pelucutan  itu,  dia  tidak  akan
                          menjadi  warganegara  mana-mana negara di luar Persekutuan.”.
                    per.  26

                       Fasal  (1),  (2) & (3)
                         a.  Akta 14/1962, seksyen 3, berkuat kuasa dari 01-10-1962, memotong Fasal (3) dan meminda
                           Fasal (1) dan (2) dengan memotong perkataan “Tertakluk kepada Fasal (3)” yang terdapat
                           di permulaan Fasal itu, dan mengikut subseksyen 27(3) pula membuat peruntukan yang
                           berikut:
                             “(3)  jika  dalam  masa  satu  bulan  selepas  permulaan  kuat  kuasa  seksyen  ini  Menteri
                           menjalankan  kuasa  pewakilan  yang  diberikan  oleh  seksyen  4  jadual  Kedua  tersebut
                           sebagaimana yang dipinda oleh seksyen ini, mana-mana perintah di bawah Perkara 26
                           Perlembagaan  yang  dibuat  sebelum  penjalanan  kuasa  itu  (sama  ada  dibuat  sebelum
                           atau  selepas  lulusnya  Akta  Perlembagaan  (Pindaan)  1960)  sama  sahnya  seolah-olah
                           seksyen  4  tersebut  telah  berkuat  kuasa  pada  masa  perintah  itu  dibuat  sebagaimana
                           seksyen  itu  berkuat  kuasa  selepas  permulaan  kuat  kuasa  seksyen  ini,  dan  seolah-olah
                           penjalanan kuasa pewakilan  tersebut  telahpun berkuat kuasa pada  masa  itu.”.
                         b.  Fasal (3)  yang dimansuhkan berbunyi seperti yang  berikut:
                             “(3)  Tiada  seorang  pun  boleh  dilucutkan  kewarganegaraan  di  bawah  Perkara  ini
                           melainkan  jika  Kerajaan  Persekutuan  berpuas  hati  bahawa  tidak  berfaedah  kepada
                           kebaikan awam untuk orang itu terus menjadi warganegara; dan tiada seorang pun boleh
                           dilucutkan kewarganegaraan di bawah perenggan (b) Fasal (1) melainkan jika notis yang
                           dikehendaki  oleh  Perkara  27  diberikan  dalam  masa  dua  belas  bulan  bermula  dengan
                           tarikh pendaftaran atau pemberian perakuan, mengikut mana-mana yang  berkenaan.”.
                       Fasal  (4)
                       Akta  19/1964,  seksyen  3,  berkuat  kuasa  dari  30-07-1964,  memansuhkan  Fasal  (4).
                       Fasal (4)  yang dimansuhkan itu  berbunyi seperti yang berikut:
                             “(4)  Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini, pendaftaran seseorang
                           sebagai  warganegara  atau  pemberian  perakuan  naturalisasi  kepada  mana-mana  orang
                           tidaklah boleh dipersoalkan  atas  alasan kesilapan.”.
                       lihat Per. 26b(2), 27(1),  28a(2), jadual Kedua,  Bahagian iii, subseksyen  4(1) &  (3).
                       Fasal  (1)(a): lihat Per. 26a.
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61