Page 52 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 52

35                  Perlembagaan Persekutuan            [Perkara  24]

                    untuknya  di  bawah  undang-undang  negara  itu,  iaitu  hak-hak
                    yang  diberikan  secara  khusus  kepada  warganegara  negara  itu,
                    maka  Kerajaan  Persekutuan  boleh  melalui  perintah  melucutkan
                    kewarganegaraan  orang itu.

                      (3)  (Dimansuhkan).

                      (3a)  Tanpa  menjejaskan  keluasan  Fasal  (2),  penggunaan  hak
                    undi  dalam  mana-mana  pemilihan  politik  di  sesuatu  tempat  di
                    luar  Persekutuan  hendaklah  disifatkan  sebagai  penuntutan  dan
                    penggunaan  yang  sukarela  suatu  hak  yang  terdapat  di  bawah
                    undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang
                    yang, selepas tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong
                    melalui  perintah* bagi  maksud  Fasal  ini—

                          (a)  memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar
                              Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui;
                              atau

                          (b)  menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
                              itu  sebagai dokumen  perjalanan,

                    hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan
                    suatu  hak  yang  terdapat  di  bawah  undang-undang  tempat  itu,
                    iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara
                    tempat  itu.

                      (4)  jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana
                    perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah
                    Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana
                    negara  di  luar  Persekutuan  oleh  sebab  perkahwinannya  dengan
                    seseorang  yang  bukan  warganegara,  maka  Kerajaan  Persekutuan
                    boleh  melalui  perintah  melucutkan  kewarganegaraan  perempuan
                    itu.


                    pelucutan  kewarganegaraan  melalui  pendaftaran  di  bawah
                    perkara  16a  atau 17 atau  melalui  penaturalisasian

                    25.  (1)  Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
                    kewarganegaraan  mana-mana  orang  yang  menjadi  warganegara
                    melalui  pendaftaran  di  bawah  Perkara  16a  atau  17**  atau
                    yang  menjadi  warganegara  melalui  penaturalisasian  jika
                    berpuas  hati—
                    *10  Oktober  1963—lihat L.N.  268/1963.
                    **CaTaTaN—Perkara  ini  telah  dimansuhkan  oleh  Akta  Perlembagaan  (Pindaan)  1962  [akta
                    14/1962]  mula  berkuat  kuasa  pada  1  julai  1963—lihat  L.N.  105/1963.  lihat  juga  catatan  pada
                    Perkara  17.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57