Page 50 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 50
34 Perlembagaan Persekutuan [Perkara 22]
kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah
22. jika mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam
Persekutuan selepas Hari Malaysia menurut Perkara 2, maka
Parlimen boleh melalui undang-undang menentukan siapakah
orang yang akan menjadi warganegara berdasarkan hubungan
mereka dengan wilayah itu dan tarikh atau tarikh-tarikh mereka
itu akan menjadi warganegara.
Bab 2—Penamatan Kewarganegaraan
pelepasan kewarganegaraan
23. (1) Mana-mana warganegara yang berumur dua puluh satu tahun
atau lebih dan yang sempurna akal yang juga seorang warganegara
negara lain atau yang hampir menjadi seorang warganegara negara
lain boleh melepaskan kewarganegaraannya bagi Persekutuan
melalui akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan
hendaklah sesudah itu terhenti menjadi warganegara.
(2) Akuan yang dibuat di bawah Perkara ini dalam masa apa-
apa peperangan yang dalamnya Persekutuan terlibat tidaklah boleh
didaftarkan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan.
(3) Perkara ini terpakai bagi seseorang perempuan yang di bawah
umur dua puluh satu tahun yang telah berkahwin sebagaimana
Perkara ini terpakai bagi seseorang yang berumur dua puluh satu
tahun atau lebih.
pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau
menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
24. (1) jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-
mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana
negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian
atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan),
maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan orang itu.
(2) jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana
warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di
mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat

