Page 53 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 53
[Perkara 25] Perlembagaan Persekutuan 36
(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui
perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak
setia kepada Persekutuan;
(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang
dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah
dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan
atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau
menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada
pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara
sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu;
atau
(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari
tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan,
telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara
selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan
atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau
yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu,
dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan
dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum
sedemikian.
(1a) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara
melalui pendaftaran di bawah Perkara 16a atau 17* atau yang
menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati
bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah
menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa
jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-
mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian
politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam
apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia dikehendaki
berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu:
Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan
kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh sebab apa-apa jua
yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962,
berhubung dengan suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan
januari 1977, berhubung dengan suatu negara Komanwel, walaupun
pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara.
*CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962 [akta
14/1962] mula berkuat kuasa pada 1 julai 1963—lihat L.N. 105/1963. lihat juga catatan pada
Perkara 17.

