Page 61 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 61

[Perkara  28]       Perlembagaan  Persekutuan                    40

              dan  sebutan  dalam  peruntukan  itu  mengenai  pendaftaran  atau
              penaturalisasian  seseorang  warganegara  hendaklah  ditafsirkan
              dengan sewajarnya.

                (2)  Tiada  seorang  pun  yang  dilahirkan  di  dalam  Persekutuan
              boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di
              bawah Perkara  25.


                (3)  Seseorang yang pada Hari Merdeka menjadi warganegara
              melalui  kuat  kuasa  undang-undang  oleh  sebab  telah  menjadi
              warganegara bagi Persekutuan sebaik sebelum hari itu tidak boleh
              dilucutkan kewarganegaraan di bawah Fasal (1) atau (2) Perkara
              24  oleh  sebab  apa-apa  jua  yang  dilakukan  pada  atau  sebelum
              hari itu; tetapi dalam hal mana-mana orang sedemikian Fasal (2)
              Perkara  25  hendaklah  terpakai  juga  berhubung  dengan  tempoh
              kemastautinan di negara-negara asing yang bermula sebelum Hari
              Merdeka dan berhubung dengan sesuatu tempoh sedemikian yang
              bermula pada atau  selepas hari itu.



              pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara
              pada Hari malaysia


              28a.  (1)  (Dimansuhkan).

                (2)  Bagi maksud Perkara 24, 25, 26 dan 26a seseorang yang
              pada  Hari  Malaysia  menjadi  warganegara  melalui  kuat  kuasa
              undang-undang  kerana  sebaik  sebelum  hari  itu  dia  mempunyai
              taraf  warganegara  United  Kingdom  dan  Tanah-Tanah  jajahan
              hendaklah  dikira—

                    (a)  sebagai warganegara melalui pendaftaran jika dia memperoleh
                        taraf itu  melalui  pendaftaran;  dan

                    (b)  sebagai  warganegara  melalui  penaturalisasian  jika  dia
                        memperoleh  taraf  itu  melalui  atau  berikutan  dengan
                        penaturalisasian,

              dan  sebutan  dalam  Perkara  itu  mengenai  pendaftaran  atau
              penaturalisasian  seseorang  warganegara  hendaklah  ditafsirkan
              dengan sewajarnya.

                (3)  jika di bawah Perkara ini seseorang perempuan hendaklah
              dikira  sebagai  warganegara  melalui  pendaftaran,  dan  taraf  yang
              berikutan  dengannya  dia  hendaklah  dikira  sedemikian  telah
              diperolehnya oleh sebab perkahwinan, maka bagi maksud Fasal (4)
              Perkara 24 dan Fasal (2) Perkara 26 dia hendaklah dikira sebagai
              warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66